Showing posts with label Belajar mata. Show all posts
Showing posts with label Belajar mata. Show all posts

Wednesday, May 31, 2023

Masih Belum Terlambat

 Maafkanku

Aku baru sedar

Betapa kisah kecilmu memberi impak pada kehidupanmu sekarang

Aku tahu perjuangan orang terdekatmu perlu diteruskan

Perlu diberitahu dunia

Kerna Islam akan sentiasa bersinar tertegak dengan kebenaran

Hancurlah orang-orang yang menghalang 

Kau sangat memaknai apa yang kau lakukan


Maafkanku

Aku tidak seperti yang diharapkan

Sebagai pendorong dan memahami kau

Rajukmu jangan terlalu lama

Kerana aku menunggumu


Maafkanku

Aku tak pasti

Kadang tungguku itu adakah bererti


Shah Alam

25052023

21:31


 

Saturday, May 25, 2013

Prosthetic contact lens


Kanta lekap yang ini, ada dua jenis
1- bulatan tengah hitam (untuk mata yang tidak digunakan untuk melihat, hanya untuk melindungi mata  yang trauma)
2- bulatan tengah clear (untuk anak mata yang terlebih besar dari biasa atau ada pupil distortion)


New technology: Contact lenses can monitor blood sugar

Video:
Functional contact lenses to monitor blood sugar without needle

Thursday, May 23, 2013

Basic Principle of Islamic Medicine

"Whosoever saves a human life, saves the life of the whole mankind"
[Al-Maidah: 32]

Tuesday, May 21, 2013

Tanda-tanda kanak-kanak mempunyai masalah mata


  • Selalu gosok-gosok mata
  • Phobia dengan cahaya
  • Tahap fokus yang lemah sehingga memegang objek dekat dengan mata atau sangat dekat menonton televisyen 
  • Kepala senget
  • Tutup satu mata untuk melihat
  • Terlanggar dinding atau perabot
  • Mata tidak lurus atau juling
  • Mata sangat merah atau berair yang banyak
  • Anak mata berwarna putih  

Wednesday, March 20, 2013

Sayang Allah, sayang diri dan sayang sesama makhluk

Hari ini Allah benar-benar menguji kesabaranku. Allah benar-benar menunjukkan Dialah sebaik-baik perancang.

Saat ini, sangat merasai erti sahabat dunia akhirat. Terima kasih ya Allah! Terima kasih ya Allah!Terima kasih ya Allah! Engkau izinkanku hidup membesar dikalangan mereka. Dengan izinMu mereka pemberi peringatan, mereka pemberi bantuan.

Apabila ku merasakan keutamaan pada membuat report itu lebih penting dari membantu adik-adik, Engkau datangkan ujian. Akhirnya aku akur, report tetap siap diakhir waktu. Saat ku rasa mahu jadi pelajar mithali menyiapkan kerja awal, rupa-rupanya aku lupa. Aku lupa watak hamba dan khalifah yang kubawa lagi besar peranannya dari sekadar menjadi seorang pelajar.

Terima kasih ya Allah. Ujian ini menunjukkan kasih sayangMu. Cara menghadapi ujian ini tanda sayangku padaMu. Cukuplah Engkau bagiku. Engkau berada diurat leherku. Engkau sangat dekat. Ini benar-benar pergantungan padaMu. Engkau makbulkan doa hambaMu.

Saatku rasa perlu sedarkan orang lain, saat itu kurasakan aku perlu sedarkan diri sendiri. Saat kurasakan aku perlu berpesan-pesan pada kesabaran pada orang lain, saat itu aku merasakan berpesan kesabaran pada diri sendiri itu perlu sebelum berpesan pada orang lain. Sebelum menyayangi orang lain, perlunya sayang diri sendiri. Sayang Allah, sayang diri dan sayang orang lain. Saat kumerasakan bertapa pentingnya kesedaran kasih sayang ini pada adik-adik, saat itu juga kesedaran kasih sayang ini perlu ada dulu dalam diriku. Terima kasih ya Allah =)

Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran. [Al-asr:1-3]

Tradisi membaca surah Al-asr diakhir pertemuan adalah tradisi dari sahabat Rasululah dimana apabila dua orang lelaki bertemu dan mereka tidak akan berpisah selagi tidak membaca Al-Asr, kemudian bersalam-salaman. Mereka berdua sebenarnya seolah-olah berjanji setia menjunjung perlembagaan Allah untuk tegah di atas iman dan beramal soleh, saling berpesan pada kebenaran agama dan supaya bersikap sabar. (Tafsir Fi Zilalil Quran)

Monday, January 7, 2013

We need to reeducate ourselves

Pengisian oleh: Dato’ Dr Siddiq Fadhil
Tarikh: 8 Disember 2012 (Sabtu)

“We need to reeducate ourselves.” Kita mesti mendidik semula diri kita.
a) Ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem pendidikan yang sedia ada. Ada perkara yang dirasakan tidak cukup.
b) Sebagai contoh, kita dilatih sebagai seorang doktor perubatan, tetapi kita tidak betul-betul dilatih sebagai seorang manusia.
c) Sistem kita tidak mementingkan watak manusia tetapi mementingkan otak manusia.
d) Maka jadilah atau lahirnya manusia yang berotak tetapi tidak berwatak dan berakhlak.
e) Apa yang dipentingkan oleh kebanyakan orang sekarang ialah kecemerlangan akademik.
f) Subjek pengajian Islam sendiri telah terheret kepada exam oriented bukannya penghayatan, pengamalan dan pengabdian diri kepada Allah.
g) Kita mesti cinta kepada ilmu dengan memahami konsep menuntut ilmu itu sebenarnya.
h) Kalau sekadar mahu mengisi otak sahaja, maka kita akan lupa.
i) Sebagai contoh, mereka yang sudah lama berkerjaya, cuba ambil peperiksaan SPM sekarang, maka pastinya tidak boleh lulus semuanya dengan cemerlang.
i) Usahakan cinta kepada ilmu.

#Sedikit perkongsian dari abang BKA yang baik hati..Terima kasih =)
#Andai ada peluang sambung belajar pasti saya sahut. 

Saturday, December 22, 2012

Kaca mata vs kanta lekap

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Melihat pada salah satu search key word yang membawa kepada blog ini ialah 'kanta lekap atau cermin mata'. Mungkin insan tersebut mahu mencari kelebihan dan kekurangan kanta lekap dan cermin mata. Namun search key word tersebut telah membawa ke tajuk entri 'dari kaca mata ke kanta lekap',yang tiada langsung menceritakan tentang kaca mata dan kanta lekap. Tetapi menceritakan pengalaman, dan dari pengalaman itu sebenarnya, saya dari berkaca mata bertukar memakai kanta lekap dengan cara yang betul. Sedikit pun tiada cerita mengenainya dalam entri itu. Maaf.

Untuk memberi penjelasan kepada insan tersebut, saya senaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan penggunaan kaca mata dan kanta lekap.

KACA MATA
-boleh dipakai sepanjang masa
-tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memakai cermin mata 
-berat
-tiada risiko implikasi pada mata
-mempunyai penghadang UV jika memakai jenis kanta photochromic iaitu kanta bertukar gelap apabila terdedah pada cahaya matahari.

KANTA LEKAP
-mempunyai pandangan yang luas
-memerlukan penjagaan kebersihan yang tinggi
-tidak boleh bawa tidur
-kosmetik
-penglihatan bagus untuk silau tinggi
-penglihatan bagus untuk perbezaan power yang sangat ketara diantara dua mata
-mudah mendapat implikasi bakteria jika tidak membersihkan kanta lekap dengan elok
-mudah mendapaat masalah mata kering kerana oksigen kurang masuk ke dalam mata dan memerlukan penggunaan lens drop
-masih memerlukan simpanan kaca mata

Pemakaian kaca mata dan kanta lekap lebih kepada minat masing-masing. 

Ada orang tidak suka pakai cermin mata kerana berat,tudung jadi tak cantik dan lebih suka berkanta lekap yang ringan dan muka kelihatan cantik. 

Ada juga yang tidak suka memakai kanta lekap kerana leceh mahu basuh dan mengambil masa untuk memakai dan mengeluarkan kanta lekap.

Pemilihan bergantung pada individu, tiada masalah dalam pemakainan kanta lekap jika mempunyai tahap kebersihan yang tinggi.

Thursday, December 13, 2012

Mangsa yang dapat diselamatkan

Teringat perbualan dengan seorang adik di program sebelum ini. Seperti biasa perkara pertama apabila bertemu dengan adik-adik di program adalah taaruf. Ketika waktu rehat iaitu selepas sesi berkenalan, seorang adik tingkatan dua menegur saya.

"Akak, akak ambil kos mata ya?" adik ini memulakan bicara empat mata selepas mengetahui saya mengambil jurusan optometri ketika bertaaruf ramai-ramai di dalam bulatan sebelum ini.

"A'ah"jawab saya ringkas

"Akak mesti belajar iris, kornea, kanta?"adik itu bertanya

"Ya, akak belajar semua tu. Hebatnya awak tahu pasal mata!"saya teruja dengan pertanyaan adik tu.

"Saya tengah belajar organ mata dalam subjek sains, tapi saya hafal dalam bahasa melayu" terang adik itu.

"Owh, jadi awak hafal gelemaca, gelemair ?" Dalam bahasa Inggeris gelamaca adalah aqueous humor dan gelemair adalah viterous humor. Kedua-dua ini adalah bendalir yang ada dalam mata kita.

"Ya, saya hafal semua tu. Kalau kat kelas ada kawan tanya saya organ mata, saya cakap gelamaca gelemair kawan saya mesti pelik sebab diorang semua hafal guna bahasa Inggeris"

"Wah, bagusnya awak guna bahasa Melayu, sekarang PPSMI dah dimansuhkan, masih guna bahasa Inggeris ke di kelas?"saya baru teringat tentang pemansuhan PPSMI

"Masih boleh guna dua-dua bahasa.Dulu saya selalu dapat D subjek sains, sekarang saya selalu dapat B"bangga adik ini terangkan peningkatan pencapaiannya secara sukarela.

"wah bagus tu"

"saya bukan tak faham bahasa inggeris tapi susah nak hafal, kalau bahasa melayu senang sikit nak hafal"

"Ya, bahasa ibunda lagi dekat di hati.Bagus-bagus teruskan usaha. Subjek sains sangat seronok apabila kita dalami betul-betul. Sains adalah tanda kewujudan Allah.Makin banyak kita belajar sepatutnya makin kita dekat dengan Allah. Semoga awak dapat masuk Universiti Malaya jurusan kejuruteraan" nasib baik masih teringat lagi cita-cita adik ini ketika taaruf sebelum ini..


Alhamdulillah, salah seorang mangsa PPSMI dapat diselamatkan. Tidak semua orang pandai sains juga pandai bahasa. Diawal-awal taaruf lagi saya sudah kagum dengan adik ini apabila dia sudah ada matlamat nak masuk universiti apa walaupun baru tingkatan dua. Saya bangga adik ini menggunakan bahasa melayu.

#bahasamelayusayasudahtongganglanggangsejakmasukuiam
#1234

Format pujian

"Wah bagusnya, cik memakai kanta lekap dengan cara yang betul, jadi mata cik tiada sebarang komplikasi" 

Kata pujian: wah, bagusnya

Puji kebaikan: cik memakai kanta lekap dengan cara yang betul

Impak kebaikan: jadi mata cik tiada sebarang komplikasi

#bengkel teknik pujian gaya Nabi Muhammad s.a.w 121212

1234
2.10

Monday, September 10, 2012

Dari kaca mata ke kanta lekap


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Di UIA, kos optometri dibawah selian Department of Optometry & Visual Science, Kulliyah of Allied Health Sciences. UIA adalah IPTA kedua mempunyai kos optometri selepas UKM. Di Malaysia, ada 7 IPT yang menawarkan kos optometri iaitu 3 IPTA (UKM, UIA, UiTM) dan 4 IPTS (Twintech, SEGI College, Tun Hussein Onn Eye Hospital, MSU). Selalunya kita berpeluang beramah mesra dengan pelajar dari universiti lain apabila adanya conferen, seminar atau hari sukan. Antara aktiviti yang telah dianjurkan UIA untuk pelajar optometri satu Malaysia ialah Malaysia Optometry Students Sport Event 2010 (MOSSE 2010) yang telah diadakan di Pantai Sepat, Kuantan dan Malaysia Optometry Student Seminar 2012 (MOSSEM 2012) di Grand Hall, Admin Building UIA Kuantan . Kita juga pernah menghantar pelajar ke conferen dan hari sukan yang dianjurkan oleh universiti lain. Dalam family opto banyak juga yang aktiviti yang dijalankan. Selalunya aktiviti ini dianjurkan oleh department. Semua pelajar, pensyarah dan staf akan sertai aktiviti-aktiviti seperti jamuan raya, family day, mahabah night dan sebagainya. 

Wednesday, April 25, 2012

bintang 7

"Dulu muda-muda pakcik pandang langit, tengok bintang tujuh. Sekarang pandang langit kabur"

Sayu mendengar kata-kata seorang pesakit. Tak apa, harini saya pandang langit untuk pakcik. Tapi saya nampak satu bintang dan satu bulan sabit cantik =)

Thursday, June 23, 2011

Apakah perkara yang di proses di otak kita semasa kita melihat?

Assalamualaikum,guys!

Do you know,when you are seeing,there are 4 things that your brain look for..
1. details
2. motion
3.colour
4.depth

Keempat-empat perkara diatas di proses sekaligus di otak semasa kita melihat objek..cuba lihat gambar bawah,apa yang otak anda proses?


gelas,
air dituang kedalam gelas,
biru,
air tertumpah dibahagian depan dan gelas pula di belakang.

informasi diatas adalah perkara yang di proses di dalam otak kita.. cuba lihat semula

gelas --> details
air dituang kedalam gelas--> motion (kalau betul2 lagi real)
biru--> colour
air tertumpah dibahagian depan dan gelas pula di belakang --> depth

lepas ni setiap kali lihat sesuatu,boleh praktis apa yang anda lihat..


p/s: hebatnya ciptaan Allah

Wednesday, June 15, 2011

Apa beza rabun warna,buta warna dan buta penglihatan?

Rabun warna : sesorang itu masih boleh lihat warna tapi tak sama macam orang normal. Kadang-kadang tak dapat beza merah dan hitam..susah nak bezakan biru dan kuning,ikut jenis rabun warna..
ok,cuba lihat gambar bawah ni..

yang ni macamana orang normal nampak

yang ni pula kalau orang tu ada rabun warna protanopia-warna merah nampak gelap

yang ni pulak warna yang orang ada deutranopia nampak-susah nak beza merah hijau

yang ni kalau orang tu ada tritanopia..-susah nak beza kuning biru




Buta warna: seseorang itu akan nampak dunia ni hitam putih kelabu je..iaitu dia ada masalah monochromacy (satu cone je yang ada daripada 3 cone dekat lapisan retina mata)


Buta penglihatan: yang ni memang tak nampak langsung.gelap je dan diorang akan menggunakan pancaindera lain dengan sebaiknya untuk teruskan hidup


dah faham belum perbezaannya? yang protanopia,deutanopia dan tritanopia ni apa pulak? kalau nak tahu tentang jenis-jenis rabun warna,tunggu entri seterusnya ye =)

Sunday, February 6, 2011

Heterophoria --> Juling Pendam.

Heterophoria adalah juling pendam. Juling pendam adalah juling yag tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Juling pendam adalah normal dan kebanyakaan manusia mengalaminya. Juling pendam terjadi apabila sedikit sisihan pada pandangan penglihatan disebabkan oleh kedua-dua mata tidak mempunyai pandangan axis yang sama ketika melihat objek target.

Juling pendam dapat dikesan dengan :
1) Cover test
2) Maddox rod test
3) the von Graefe Test


cover test- Juling pedam di kesan apabila mata akan ke kiri atau ke kanan ketika di tutup.

Saturday, January 1, 2011

Jenis-jenis rabun

1) Miopia : Turut dikenali sebagai rabun jauh kerana pasakit tidak dapat melihat objek jauh. Tanda-tanda anda memunyai rabun jauh adalah anda mengecilkan mata ketika melihat objek jauh. Ada tak perasan adik anda buat bergitu? Jom mula memerhati!

2) Hyperopia : Dikenali sebagai rabun dekat tapi adakah mereka dapat melihat jauh dengan jelas? Secara logik,jika tidak dapat melihat objek jauh,tentu sukar untuk melihat objek yang jauh kan? Sebenarnya, orang yang mengalami masalah hyperopia juga turut tidak dapat melihat jauh tetapi disebabkan kanta didalam mata berupaya untuk fokus (accommodate),mereka boleh melihat objek jauh dengan jelas.

3)Presbiopia : Rabun ini selalu dialami oleh golongan 40 tahun keatas apabila kanta lens mereka tidak lagi berupaya untuk fokus (accommodation). Penglihatan pada jarak dekat sudah tidak jelas,kebiasannyanya mereka akan menjarakkan tangan ketika membaca surat khabar. Pernah lihat ayah anda begitu? Jika pernah,bawa ayah anda untuk pemeriksaan mata.

Monday, November 8, 2010

Power cyl dah naik!


power cyl tu apa? eh lupa pulak,bukan semua orang faham..dalam bahasa laymen term nye power silau dah naik.. cyl tu merujuk kepada kanta cylinder yang digunakan kat spec orang yang ada rabun silau a.k.a astigmatism.

ok, semalam si tukang taip entri jadi subject a.k.a. patient tuk kawan-kawan yang kena skill retest arini. Jadi patient kepada 5 orang..tak penat ke? penat! tapi yang bestnye bila check kali ke-5 baru rasa ngantuk,mulut dah menguap je..mengantuk pun gembira ke?haha..sebab dulu baru sekali chek je, dah ngantuk..mungkin sebab dah lama mata tak dicheck,dekat seminggu lebih (lama la sangat kan..haha)..kalau tak dulu hari2 check mata(jadi patient orang).. dan result untuk power semalam untuk mata kanan

-3.50 DS / -0.75 DC x 180

4 dari 5 orang examiner dapat resul ni..jadi,memang power cyl si tukang taip entri dah naik, sebab power sebelum ni

-3.50 DS / -0.50 DC x 180

cyl dah naik 0.25 D..lagipun bila ambik VA aided, line 6/5 dah sangkut-sangkut,kalau tak dulu lancar je sampai 6/4..tengokla gambar kat bawah ni,kedudukan line untuk lebih paham..kalau nak tau kenapa nama line tu macam tu,kena belajar visual optics..hehe..



Lagi satu, mesti anda tak faham -3.50 tu apa..selalu kalau orang tanya
"power mata kau berapa?"
"350"
-3.50 dengan 350 tu sama maksud..
jadi,sekarang kalau orang tanya pasal power mata sekarang, si tukang taip entri kena jawab 350, silau 75. Faham tak? kalau tak faham, buat-buat faham je la..hehe

aha..lepas ni boleh la tukar spec baru..coted lens sekarang ni dah calar-calar..dah takada protection uv. Tapi masih boleh diguna lagi,sebab elok je,jatuh banyak kali tak pecah pun..

nak tau tak power spec si tukang taip entri berapa..

-3.75 DS / -0.50 DC x 180

power yang kedai spec buat lebih dari sepatutnya.. terlebih -0.25 Ds..kalau yang lecturer cakap, kalau optician yang buat, memang salah dia sebab terlebih bagi minus power tapi kalau optometrist yang buat mungkin nak bagi treatment untuk phoria ( juling pendam- juling yang tak nampak dari mata kasar)..
tapi waktu buat spec mana ada orang kedai tu buat cover test [ test tuk tahu ada phoria ke tropia(juling) ke atau normal], jadi tau la, orang kedai tu memang bagi terlebih..

Lagipun beza -0.25 DS tak ada apa sangat..lebih kurang je.. tak ada ganggu pu..boleh je pakai spec ni sampai sekarang..bingkai spec yang si tukang taip entri dah 3 tahun ok..dah lama tak tukar spec..cepat sapa nak sponsor beli spec baru angkat tangan!
no sponsor no change!
haha..kedekut gila si tukang taip entri..bukan tak ada duit tapi duit tu diperlukan ke tempat lain ~produk oh produk..



Monday, October 18, 2010

AA

AA?
what that?
AA is Amplitude of accommodation test : push up method
the purpose of this test is to know how come your eyes can focus while seeing something.

the conditions:
-use ruff rule
-must look at the target like reading position
- in room illumination




Lets read how the conversation between optometrist and patient while test going on..
Optom:
Assalakualaikum,miss. Today i would like to do amplitude of accommodation test. This test just want to know your eye can accommodation..that mean how come your eyes can focus. For this test i will use a ocluder and ruff rule.I will repeat this test 3 times..

ok,miss please ocluder your left eye use this ocluder.
ok, can u read the this word(perkataan yang ada kat ruff rule) miss?

pt:
yes

optom:
i will bring this toward your eye.Please tell me if the word become blur.
(gerakkan target trus ke mata pt)

pt:
the word blur

optom:
blink your eye.if the word still clear,please tell me.

pt:
yes, the words still clear.

optom:
(gerakkan target lagi sampai pt blur)
ok,if you are see blur tell me.

pt:
ok, blur.

optom:
now, if you see the target clear,please tell me.
(tarik balik target ke arah optom dengan pelahan-lahan)

pt:
ok, clear.

optom:
(ambil bacaan dalam diopter)

repeat 3 times for one eye. Doing for LE(occlude right eye) and BE (no need occlude both eye) also.so, total 9 times..(dalam hati, pt kata bosan2..haha..)


normal accommodation: 18.5 - (pt age/3)
eg: pt age 21
18.5 - (21/3) = 11.5

If the result is less than normal, maybe patient has problem.
Usually patients who are 40 years above have low accommodation and known as presbyopia. They difficult to see near target, they will remove spec and long their arm during reading newspaper.

p/s: this Friday has entrance test skill.AA is the one of the test. There are 3 out of 10 tests will be testing.. nervous? be cool.. but, scary.. because the test will be observe by lecturer..hopefully, i pass this test skill..insyaAllah..amin..

Wednesday, July 14, 2010

Sensitivity of rod of photoreceptor at retina layer .



In the name of Allah..
Retina is the innermost layer of eye and has 10 layers. The second layer is photoreceptors. Photoreceptors have 2 type which are rod and cone.So, today i would like to write about rod of photoreceptors.

3 dari kiri: rod dan yang kanan sekali : cone


Rod & cone ini sangat penting kewujudannya dalam mata kita. Sebabnya dekat situlah tempatnya mata kita boleh kesan pergerakan,warna, bentuk objek yang kita lihat. Untuk lebih spesifik, rod boleh kesan pergerakan dan cone pula boleh kesan warna objek.


thanks mr google for the pics


Rod di gunakan pada waktu malam (scotopic vision) dan 100 kali ganda sensitif berbanding cone. Walaupun rod lebih sensitif daripada cone tapi rod lambat respon kepada cahaya. Hal ini kerana cone berkerja diwaktu siang (photopic vision).
waktu siang --> cone
waktu malam --> rod
Waktu senja, sel apa yang berfungsi?
Waktu senja (matahari turun) & waktu pagi dhuha (matahari naik) dikenali sebagai twilinght condition(mesopic vision), iaitu waktu yang pertukaran malam ke siang dan siang ke malam. Adalah juga berkait dengan Purkinje effect. Purkinje effect ni apa pula? Ada kaitan dengan purkinje fiber otot jantung ke? Tak ada kaitan langsung ye..nama je lebih kurang..Purkinje effect ni cerita di post lainla ,nanti pening kepala..hehe..

Kedudukan rod di retina ialah di peripheral dan tiada di fovea (bintik hitam). Dekat fovea ada cone sahaja.
sebenarnya nak cerita pasal rod sahaja tapi dah cerita kedua-dua jenis photoreseptor, sebab nak lebih nampak lagi berbezaan dua sel tu. Cerita tak abis lagi ni,banyak lagi ni..Tadi dah bagitau kan cone boleh kesan warna,nak tau macamana cone boleh kesan warna tak? tunggu post seterusnya ye..

Lastly, rod is sensitive under scotopic condition because 1 rod has 1000 discs. 1 disc has 10000 rhodopsin (molekul yang berada dalam photoreseptor dan menyebabkan cahaya dikesan..haha..dah pening kepala). 1 molecule of rhodopsin can absorb 1 photon of light.
1 eye = 120 milions rod --> 10 power of 15 rhodopsin molecules per eye.
So, the eyes have ability to capture of light under night vision .

sensitive= suitable for night vision

monocular visual processes

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Intro subject ni banyak ulang ocular anatomy tapi discuss lagi mendalam.Masihkah ku ingat?

5 layer of cornea ( abcde)



6 muscles of eye


10 layer of retina



MODEL EYE

subjek ni nak terangkan macamana objek yang kita lihat boleh pergi ke otak..sebab tu kena ingat balik stuktur2 mata yang dah belajar sem lepas kerana maklumat yang kita nampak tu akan di hantar melalui sel-sel di dalam mata.