Showing posts with label student. Show all posts
Showing posts with label student. Show all posts

Saturday, April 13, 2013

mahal

Mahal harga yang perlu dibayar untuk dapatkan
Perlu dibayar dengan masa dan tenaga
Sesiapa yang berpeluang jangan sia-siakan

#Menuntut ilmu 

Wednesday, March 20, 2013

Sayang Allah, sayang diri dan sayang sesama makhluk

Hari ini Allah benar-benar menguji kesabaranku. Allah benar-benar menunjukkan Dialah sebaik-baik perancang.

Saat ini, sangat merasai erti sahabat dunia akhirat. Terima kasih ya Allah! Terima kasih ya Allah!Terima kasih ya Allah! Engkau izinkanku hidup membesar dikalangan mereka. Dengan izinMu mereka pemberi peringatan, mereka pemberi bantuan.

Apabila ku merasakan keutamaan pada membuat report itu lebih penting dari membantu adik-adik, Engkau datangkan ujian. Akhirnya aku akur, report tetap siap diakhir waktu. Saat ku rasa mahu jadi pelajar mithali menyiapkan kerja awal, rupa-rupanya aku lupa. Aku lupa watak hamba dan khalifah yang kubawa lagi besar peranannya dari sekadar menjadi seorang pelajar.

Terima kasih ya Allah. Ujian ini menunjukkan kasih sayangMu. Cara menghadapi ujian ini tanda sayangku padaMu. Cukuplah Engkau bagiku. Engkau berada diurat leherku. Engkau sangat dekat. Ini benar-benar pergantungan padaMu. Engkau makbulkan doa hambaMu.

Saatku rasa perlu sedarkan orang lain, saat itu kurasakan aku perlu sedarkan diri sendiri. Saat kurasakan aku perlu berpesan-pesan pada kesabaran pada orang lain, saat itu aku merasakan berpesan kesabaran pada diri sendiri itu perlu sebelum berpesan pada orang lain. Sebelum menyayangi orang lain, perlunya sayang diri sendiri. Sayang Allah, sayang diri dan sayang orang lain. Saat kumerasakan bertapa pentingnya kesedaran kasih sayang ini pada adik-adik, saat itu juga kesedaran kasih sayang ini perlu ada dulu dalam diriku. Terima kasih ya Allah =)

Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran. [Al-asr:1-3]

Tradisi membaca surah Al-asr diakhir pertemuan adalah tradisi dari sahabat Rasululah dimana apabila dua orang lelaki bertemu dan mereka tidak akan berpisah selagi tidak membaca Al-Asr, kemudian bersalam-salaman. Mereka berdua sebenarnya seolah-olah berjanji setia menjunjung perlembagaan Allah untuk tegah di atas iman dan beramal soleh, saling berpesan pada kebenaran agama dan supaya bersikap sabar. (Tafsir Fi Zilalil Quran)

Monday, January 7, 2013

We need to reeducate ourselves

Pengisian oleh: Dato’ Dr Siddiq Fadhil
Tarikh: 8 Disember 2012 (Sabtu)

“We need to reeducate ourselves.” Kita mesti mendidik semula diri kita.
a) Ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem pendidikan yang sedia ada. Ada perkara yang dirasakan tidak cukup.
b) Sebagai contoh, kita dilatih sebagai seorang doktor perubatan, tetapi kita tidak betul-betul dilatih sebagai seorang manusia.
c) Sistem kita tidak mementingkan watak manusia tetapi mementingkan otak manusia.
d) Maka jadilah atau lahirnya manusia yang berotak tetapi tidak berwatak dan berakhlak.
e) Apa yang dipentingkan oleh kebanyakan orang sekarang ialah kecemerlangan akademik.
f) Subjek pengajian Islam sendiri telah terheret kepada exam oriented bukannya penghayatan, pengamalan dan pengabdian diri kepada Allah.
g) Kita mesti cinta kepada ilmu dengan memahami konsep menuntut ilmu itu sebenarnya.
h) Kalau sekadar mahu mengisi otak sahaja, maka kita akan lupa.
i) Sebagai contoh, mereka yang sudah lama berkerjaya, cuba ambil peperiksaan SPM sekarang, maka pastinya tidak boleh lulus semuanya dengan cemerlang.
i) Usahakan cinta kepada ilmu.

#Sedikit perkongsian dari abang BKA yang baik hati..Terima kasih =)
#Andai ada peluang sambung belajar pasti saya sahut. 

Sunday, January 6, 2013

oh my sc

XP atau EP?
salah tengok simbul pun boleh bawa kesan

salah tengok simbul
akan menyebabkan salah diagnosis
dan juga salah plan

kalau salah jawab sebab tak tahu itu masih boleh dimaafkan
ni kalau salah tengok simbul, namanya cuai

dalam kepala, dia ada masalah dengan hijau
tapi kenapa tulis protanope
itu namanya cuai


#mungkinsayaadadylexiasebabpernahnampaktulisantimbulmacam3Dtanpagunapolaroid

Saturday, February 26, 2011

Tip atasi kegemukan

Bismillahirahmanirahim..

Minggu lepas, salah satu assignment yang kena buat ialah mengenai book review buku parenting untuk subject family management and parenting. Ya, kat U blajar parenting, required university subject. Memang menggalakkan student kawin awal dan kebetulan minggu depan ada kursus kahwin kat sini, harga pun lagi murah dari kat luar. Tapi dukacita dimaklumkan tempat dah penuh, baru buka registration sejam, 120 tempat dah penuh. Fuh! memang ramai ke yang nak kawin? tunggu dan lihat je la, kad siapa yang sampai dulu kan..

Berbalik pada book review, tajuk buku, Mencipta Keluarga Hebat: Tip Membentuk Keluarga Fantastik, penulis ialah Ikhsanudin dan Mirna Amir, terbitan Yamani Angle. Buku ni memang sesuai untuk orang yang dah berlkeluarga atau yang baru nak berumah tangga. Banyak tip yang dikongsikan, lengkap dari tip kesihatan, tip keibubapaan, tip jaga bayi, tip kewangan pun ada. Semua sekali ada 107 tip. Salah satu tip ialah atasi kekegemukan. Memang bersetujulah dengan tip-tip tu dan yang bestnya boleh kaitkan dengan Herbalife.

Dalam Herbalife, memang menggalakan minum air 3 liter, makan makanan kalori rendah (fomula 1 ada 90 kalori je), bersenam ( yang ni tak perlu bersenam pun tak apa, tapi kalau nak senam juga, tak ada salah pun) dan banyak lagi tip yang berkaitan.

Tak boleh nak kongsi tips dalam buku tu, nanti kena saman la pula sebab tak minta kebenaran kat penerbit. kalau nak tahu apa tipnya, boleh la cari buku tu =)

Comel je, ada nota dari penerbit,semua ilustrasi adalah khayalan penulis dan bukan menjadi pendirian penerbit. Sebahagian watak dalam lukisan tidak menutup aurat.

Senang cerita, memang cara makan Herbalfe ini memang sesuailah dengan cara pemakanan kesihatan yang betul.
Apa tunggu lagi?
Mari-mari..
Siapa nak atasi kegemukan?
Hubungi saya:
Kamila
sms/call: 017-7625262