Friday, December 31, 2010

Uniknya Sambutan Tahun Baru

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah,hari ini telah masuk tahun baru 01.01.11. Pasti ramai yang merancang untuk menyambut tahun baru dengan menghadiri konsert,melihat kecantikan bunga api dan sebagainya.

"Jom gegarkan KLCC!!" Kata-kata yang sudah menjadi kebiasaan anak muda.

Kebiasaannya anak muda yang ke KLCC akan pergi menontot konsert bersama pasangan yang bukan muhrim dan kadang-kadang menjadikan tahun baru sebagai platform 'aku ternoda'.Astagfirullah, harap-harap kejadian ini tidak terjadi dikalangan kita dan kita perlu mengelaknya.

Tetapi ada segolongan anak muda menyambut tahun baru dengan unik sekali. Kesedaran masalah dikalangan rakan sebayanya menjadi inspirasi mereka juga turut keluar menyambut tahun baru dan turun melaungkan 'gegarkan KLCC!!'.

Kehadiran mereka ke tempat sambutan bukanlah mahu berseronok mendengar konsert tapi yang lebih penting dapat memberi kesedaran kepada rakan sebaya yang mencurigakan perlakuannya. Menegur secara baik dan edaran risalah menjadi tujuan utama.

Mungkin ada yang dapat terima dan ada juga yang tidak dapat menerima teguran dari 'orang luar' walaupun sebenarnya kita semua adalah saudara. Walaupun begitu, apa yang dimahukan, remaja yang berpelakuan kurang enak dipandang itu sedar akan kesalahannya dan masih ada orang yang sayangkan mereka.

Sambutan tahun baru kamu pula bagaimana? Dapat beri manfaat pada orang lain?

Wednesday, December 29, 2010

Dari Kerana Mata

Dari kerana mata,
saya dapat melihat.

Dari kerana Mata,
saya dapat membaca.

Dari kerana mata,
saya dapat menulis.

Dari kerana mata,
saya dapat melukis.

Dari kerana mata,
saya dapat menaip.

Dari kerana mata,
saya boleh buat semua perkara,
boleh melontarkan pandangan melalui pemerhatian,
boleh melihat kegembiraan,kesedihan,
boleh berfikir secara berkesan.

Alhamdulillah,Alhamdulillah
Saya Masih Punyai Nikmat Mata, Mata Hati.

.mata.

mata kamu
mata saya
mata kalian

semuanya anugerah Tuhan
yang Maha Pencipta

ada mata dapat melihat
melihat tanda-tanda kewujudan Allah

tanpa mata kehidupan tidak bermakna

tapi jangan lupa kita juga punyai mata hati,
walau sehebat mana mata dapat melihat tapi mata hati tidak dapat melihat,
Ia tidak bererti.

Yang penting,mata dan mata hati kedua-duanya perlu sihat!
Supaya ibadah kita lebih sempurna~

Tuesday, December 28, 2010

Nak mulakan Bisnes? sekarang masanya!

Bismillah..

Bisnes? kenapa sekarang?
sebab SPECTACULAR 2011 hampir tiba!!

Berita baik kepada anda yang ingin memulakan bisnes Herbalife..
Disini adalah permulaan yang TERBAIK untuk anda belajar dan nampak jelas tentang bisnes multinasional Herbalife!

Spectacular kali ini akan bergabung Malaysia & Singapore dan juga akan menyambut Ulang Tahun Herbalife Malaysia yang Ke-5!

Apa tu spectacular?
Spectacular adalah event terbesar negara,semua distributors di seluruh negara akan sama-sama turun berkongsi pengalaman, bertukar-tukar fikiran dan belajar bersama!
The best thing is all distributors whether Malay,Chinese or Indian will share anything from their dipperrr hearts . Believe me!

InsyaAllah, your life will change after it!

Kepada yang serius,serius, serius nak ubah hidup, nak extra income,
mesej saya Kamila 017-7625262.

Without attend event, Herbalife distributor difficult to make more income!
Why?
You want to know?
GO THERE!






SEE YOU THERE!
~MAKE YOUR DREAM COME TRUE~
SPECTACULAR IS GOOD STARTER!

Thursday, December 23, 2010

Usaha tangga kejayaan!

"Sesungguhnya seseorang itu akan mendapat apa yang telah diusahakannya"
(An-Najmi:39)

Studi rajin-rajin!

~Cik h3art~

Membulat tekad dan bertawakal~

Bismillah..
"..dan apabila engkau telah berazam(membuat keputusan),maka bertawakallah kamu kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."

(Ali-Imran : 159)

Apabila kita telah menbulat tekad untuk membuat sesuatu,memberi komitmen yang terbaik,maka, bertawakallah kepada Allah kerana Allah sahaja yang menetukan semuanya.

Tuesday, December 21, 2010

pemenang contest?

ok, baru perasan Contest mana hilang duit kasut dah update,dah masuk sem baru,jadual padat,kurang masa sikit nak buka blog (padahal memang jarang buka blog pun..hihi) dan Alhamdulillah si tukang taip entri dinobatkan sebagai pemenang dan dijadikan jawapan terbaik untuk Contest mana hilang duit kasut.

Silalah jenguk entri contest tu tak pun jom lawat entri penganjur contest untuk tenguk jawapan..


my giftaway @ http://idealweightforall.blogspot.com

assalamualaikum semua..

sibuk masuk giftaway orang, giftaway sendiri tak nak promote..hihi..

lets check out http://idealweightforall.blogspot.com

Giftaway tu dibuat sempena setahun bersama herbalife.. sambil join giftaway boleh buat survey sekali.. hadiah gifaway lain, hadiah survey lain.. jangan lepaskan peluang..
sampai 8 januari 2011.

Alhamdulillah si tukang taip entri telah dipertemukan dengan Herbalife kira-kira 3 tahun lepas, tapi baru tahun lepas dibukakan hati untuk mencuba makanan hebat ni..tapi 3 tahun dulu tak tau apa-apa pun pasal herbalife,hanya fikir sama macam produk turun berat yang lain..tapi bila dah join, Herbalife tak sama pun macam produk lain..ada coach yang sentiasa ambil tahu perkembangan kita,baru la tak putus asa dan tak makan macam giant..hihi

Alhamdulillah, saya turun 5kg dalam masa 2 minggu dan 10 kg dalam masa 3 bulan.. padahal dulu nak turun sekilo pun payah, bila badan dapat nutrisi yang cukup,automatik badan jadi sihat.

Herbalife bukan untuk orang nak turun berat tapi untuk orang yang nak badan sihat. Orang yang underweight pun boleh tambah berat kalau makan shake herbalife.
All about nutrition.

Ada yang berminat nak tahu lebih lanjut?

sms/call :
Personal Wellness Coach
Kamila
017-7625265



Chocolate Giftaway!

Ada chocolate giftaway la..haha..dah la dah bosan makan coklat,ada hati nak masuk chocolate giftaway..hihi..tak apa, nak rasa juga orang lain punya coklat..nasib baik tak bosan dengan shake coklat Herbalife, kalau tak tak tau nak makan apa pula nanti..haha..jom tengok gifaway ni dekat







Syarat-Syaratnya

(tak wajib)
tapi nanti kalu uolls terlepas apa-apa info pasal GA ni jangan marah yer..

* Buat Entry tentang GA ni dengan tajuk Chocolate Giveaway
(tajuk lain tak mau yer)

* Dalam entry uolls mesti ada link ke entry giveaway ni
(senang kawan-kawan lain nak join)

*Letak Banner kat atas tu dalam Entry dan di sidebar
(link ke entry ini)

*Tinggalkan link entry uolls di komen box entry Chocolate Giveaway
sahaja
(di shout box tidak diambil kira)

Tarikh Tutup
25-12-2010

Hadiah
Tentulah Chocolate tapi tak comfirm lagi chocolate apa....
Banyak mana pemenang pun tak comfirm lagi... mengikut banyak mana penyertaan.. kalau banyak so hadiahnya banyak la skit baru best...




Friday, December 17, 2010

Anak Mak Dara?


"Apa nama cerita tu? Anak Mak Dara ea?"
"Apa?hahha.. Aku Masih Dara la.."
"Oh,salah..ok la tu ada dara-dara..hihi"
"Nak ikut tak?"
"Pergi bila? Malam ea?"
"Tak la petang ni lepas solat"
"ok,boleh juga"
" Dengar cerita,filem ni Islamic tapi ada kontraversi"
"Oh, ya.Ni yang lagi semangat nak ikut ni"
"Jom..jom"



haha..bila masa pulak si tukang taip entri boleh terjebak buat preview filem ni tapi ada benda menarik dalam filem ni Aku Masih Dara ni..Baru sahaja ditanyangkan 16 Dis 2010 dibawah arahan Ahmad Idham yang bertemakan Islamic romantik komedi.

Dipermulaan cerita, agak sakit mata melihat,sakit telinga mendengar, but it REAL Story of teenagers nowadays ! baju seksi, pergi clubbing, minum arak,edar dadah.. apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang?
makin maju pembangunan,rupa-rupanya makin mundur akhlak kebelakang.
Salah siapa?
Ibu bapa?
Persekitaran?
Kawan-kawan?
Sistem pendidikan?
Jawapannya --> salah diri sendiri.

Kenapa diri sendiri?
sebab diri sendiri yang tentukan nak pilih jalan yang mana.
Sebab tak gunakan otak sebaik-baiknya untuk berfikir mana yang baik mana yang buruk.
Sebab tak tahu apa tujuan sebenar Allah hidupkan diri kita kat dunia ni..

Lain orang,lain cerita:
1)Ada yang dari keluarga kaya,ibu bapa baik-baik, tapi tipu mak ayah, pergi clubbing malam-malam.
2) Dari keluarga susah,tapi mak ayah tak pernah tinggal solat, mengaji. Kononnya mencari kesenangan dengan jual pil-pil.
3) gaya hidup keluarga yang telah tersasar dari Islam,menyebabkan dia terfikir.Betul ke apa yang dia buat.

Semua ini adalah kisah di dalam Aku Masih Dara.

Mendengar tajuknya sahaja telah menyebabkan ramai yang bersuara dengan isu sensitif ini. Seperti tiada tajuk lain yanag hendak diletak,saja nak tarik penontot tapi itulah isu sebenar yang diangkat dalam filem ni.

Alah,kalau ramai remaja tengok cerita ni pun,bukan nak ikut yang baik,pakai tudung,belajar ngaji,solat..mesti ikut perangai yang buruk,pakai seksi-seksi,pergi enjoy.. Ye ke?
Allah tak akan merubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak hendak berusaha. Maka,otak yang dikurniakan perlu digunakan sebaiknya..tak kan tak ada terdetik difikiran,aku dikategori mana,baik ke jahat..nanti masuk syurga ke neraka..

Ada pula yang kata,filem ni merendahkan martabat orang bertudung. Orang yang pakai tudung ni saja nak tutup love bite? Ini bukan merendah martabat tapi hendak bagi tahu bukan semua orang yang pakai tudung kerana hendak tutup aurat tapi ada niat lain. Sebetulnya kita memang tak boleh pandang dari luaran sahaja,kerana hati ada dalam diri masing-masing,tidak boleh dilihat sesiapa pun..hanya Allah sahaja yang tahu siapa dirimu sebenar..

Cerita ni sama dengan cerita Syurga Cinta la, mula-mula jahat lepas tu jadi baik..tapi pembawakan tema dan kisah cerita ni lagi berat..dan dihiasi dengan unsur-unsur komedi pelakon-pelakonnya.

Kan best kalau pelakon pun turut berubah. Kadang-kadang terfikir pelakon yang melakonkan watak-watak ni tak ada rasa apa-apa ke? tak rasa bersalah ke,berubah hanya di layar perak bukan di dunia realiti.Mungkin watak Firdaus tu sahaja penontot berpuas hati kerana pelakonnya sudah sedia 'berhijrah'. Yang lain?

Agak-agak ranting cerita ni tinggi tak? Berapa juta ea? sama-sama kita tunggu..hihi

Sihat Ceria GIVEAWAY!!!

Assalamualaikum..
Sempena ulang tahun SETAHUN saya bersama Herbalife, saya dengan baik hati ingin menganjurkan GIVEAWAY ini. Tidak kira anda pengguna Herbalife atau pun tidak.



HADIAH : Botol Air Herbalife (2 Liter)
bernilai RM 37.00 (include postage)
TARIKH TUTUP : 8 Januari 2011

Kami akan menggunakan teknik UNDIAN (random.org) untuk menentukan SEORANG pemenang bertuah!!

Kelebihan botol air HERBALIFE :
-Tahan suhu dari -20 celcius hingga 120 celcius
-mudah dibawa ke mana-mana
-ada straw yang tahan lasak (mudah utk minum)

MENARIK kan???

HANYA 4 LANGKAH MUDAH :
1) jadi follower di blog ini
http://idealweightforall.blogspot.com/
2) Letakkan link
http://idealweightforall.blogspot.com/ di blog list anda
3) Buat entry mengenai giveaway ini (promote la sikit ye..) dan letakkan juga banner di atas tu sekali.
4) Tinggalkan comment di
http://idealweightforall.blogspot.com/2010/12/sihat-ceria-giftaway.html mengenai LINK ENTRY anda dan ALAMAT EMAIL supaya mudah kami menyemaknya semula
.
.
.
SETERUSNYA...
soalan ini tidak wajib dijawab tetapi pihak kami akan menyediakan 10 HADIAH MISTERI kepada peserta yang terpilih!!!!

Jawab 2 soalan dibawah ini dan hantar ke emel kamilatun@gmail.com

A- Adakah anda berpuas hati dengan berat badan anda sekarang?

B- Pernahkah anda mendengar tentang produk Herbalife sebelum ini? Apakah pandangan anda tentang produk ini?
Apakah testimoni anda jika pernah makan produk Herbalife?

~ Welcome All to join this Giveaway!~
****kami terpaksa menukar banner giveaway daripada warna PINK kpd warna HIJAU atas sebab yg tak dapat dielakkan..
tarikh pun kami lanjutkan..

Thursday, December 16, 2010

Jom jumpa!

Anda ingin mengenali tentang produk Herbalife dengan lebih dekat?
mari ke PWTC esok 18/12/2010 pkul 3 petang..jumpa dengan blake morgan,Herbalife Chairman's Club Member.
Siapa Blake Morgan?
tengok sini

Siapa yang nak datang,boleh hubungi saya Kamila 017-7625262..
InsyaAllah ramai distributor dari seluruh Malaysia akan ke sana..

Get inspired from his story!

Jangan lepaskan peluang keemasan mendengar cerita tentang produk terbaik!

FREE for guest!

Just text me!
017-7625262

Tuesday, December 14, 2010

Ni kawan aku yang comel!


Inilah my coach, Nanie! Dia turun 8kg dalam masa 2 1/2 bulan. lepas tu maintain sampai sekarang. Cuba tengok muka dia,comel tak? haha..



ni una,adik nani..turun 10kg 2 bulan(mac-jun 2009), lepas tu start balik masa bulan puasa 6kg.Total lose 16 kg. Ok, dulu pkai saiz xl lelaki sekarang dah boleh saiz L perempuan..

anda?

Monday, December 13, 2010

CONTEST Mana hilang DUIT KASUT??

Bismillah..
ni kali pertama join contest..tengah berjalan kat blog orang lain ternampak pulak pasal contest ni kat shout box..saje-saje jenguk link contest kat http://www.cetusan-student.com/. Tapi tak ada sorang pun lagi yang jadi perserta,maybe tak tunjuk kot sape yang join. Nak jadi perserta juga boleh tak..tapi tak tau la orang lain faham tak penyelesaian yang si tukang taip entri buat..hehe





Ada sebuah masaelah.

Ali ingin membeli sepasang kasut yang harganya RM97.00


Ali tiada duit lalu dia meminjam daripada maknya sebanyak RM50 dan daripada kakaknya pula sebanyak RM50.

Seterusnya, dia pergi ke kedai dan membeli kasut tersebut. Baki RM3 diberikan kepada maknya RM1, kakaknya RM1 dan dia menyimpan lagi RM1.

Lalu dia mengira hutang kepada maknya tinggal lagi RM49 dan kepada kakaknya juga RM49. Setelah dicampur RM49+RM49+RM1 = RM99..Bukan RM100.

Soalannya disini, kemana menghilangnya RM1 lagi. Sampai sekarang Ali masih pening dan biol untuk memikirkan masaelah dia ni.. Ada sesapa yang sudi bantu Ali?


Hadiah kepada sesiapa yang dapat membantu Ali mencari kemana hilangnya lagi RM1 tu saya akan berikan TopupRM5 percuma!(untuk 3 PEMENANG).


Syarat-syarat penyertaan:

  1. Adalah follower blog http://www.cetusan-student.com/
  2. Copy soalan di atas dan dipersilakan berikan jawapan di entry blog anda.
  3. Sila maklumkan link entry jawapan tersebut di ruangan komen untuk entri contest ni memilih jawapan yang betul+tepat+kreatif+menarik. Menjawab dengan kaedah penceritaan amat digalakkan!
  4. Jika lebih daripada 3 jawapan yang tepat diterima, saya akan memilih 3 jawapan pertama yang menjawab dengan tepat sebagai PEMENANG.
  5. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 16Disember 2010 ini dan 3 blogger yang memberi jawapan yang palingbest(betul+tepat+kreatif+menarik) akan diumumkan pada 17Disember 2010.

JAWAPAN


Setelah pulang ke rumah selepas membeli kasut.

Ali : Akak duit Ali hilang RM1.

Kakak : Hilang? Macam mana boleh hilang?

Ali :Sebelum beli kasut yang berharga RM97 kat kedai tadi,Ali kan pinjam duit akak RM50 dan duit emak RM50 kan.Lepas tu baki duit tinggal RM3.

Kakak : ye..lepas tu kan Ali pulangkan RM 1 kat akak dan lagi RM 1 kat emak. Apa masalahnya?

Ali : Tulah masalahnya kak. Sepatutnya hutang yang perlu Ali bayar pada akak RM49 dan emak RM49. Bila campurkan RM49 + RM49 + RM1 jadi RM99. Mana lagi RM1 kak?

kakak : Eh..a'ah la lagi RM1 hilang..macam tak logik pula,tiba-tiba RM1 boleh hilang..tapi kan Ali, kenapa Ali campurkan jumlah hutang Ali pada mak dan akak dengan duit yang ada pada Ali?
Ali : Sebab nak jumlahkan semua duit la..nak tau duit asal ada berapa ringgit.

Kakak : Tak boleh macam tu la..tak boleh campurkan hutang yang tinggal dengan duit yang ada pada Ali.

Ali : Kenapa pulak tak boleh?

Kakak : Pergi ambik pen dan kertas. Senang sikit akak nak terangkan.

Emak : Apa yang kecoh-kecoh ni?

Kakak : Ali ni mak, dia kata duit dia hilang RM1. Padahal tak hilang pun.

Ali : Eleh..ntah-ntah akak yang curi tak RM1 tu..

Kakak : Mana ada! suka hati je tuduh-tuduh.. kamu tu, kata dapat markah matematik paling tinggi dalam kelas, benda senang macam ni pun tak boleh jawab. Mana kertas dan pen yang akak minta tadi?

Ali : Ni dia..

Emak : Dah jangan gaduh-gaduh..kalau tak ada orang ambil duit tu, tak hilang la duit tu..

Kakak : Ni bukan masalah orang curi ke tak duit Ali ni..ni masalah Ali salah mengira.(Sambil menulis atas kertas)

situasi sebelum pulang RM1 pada emak dan kakak.

1)wang yang dipinjam = harga kasut + baki = RM 100 = RM97 + RM3

2)jumlah yang kamu kena bayar = jumlah wang yang kamu pinjam = RM 50 + RM50 = RM100

situasi selepas kamu pulangkan RM1 pada kakak dan emak

1)maka jumlah yang kamu perlu bayar lagi = RM49 + RM49 = RM 98

kamu hanya perlu bayar RM 98 sahaja sebab kamu sudah pulangkan RM2 pada kami.

Masalah wang hilang tak berlaku pun Ali. Kamu tak boleh campurkan wang RM1 yang tinggal pada kamu dengan RM 98 duit yang perlu kamu bayar semula pada kami sebab kedua-dua duit ni berada dalam kategori yang berlainan.

RM1 = termasuk dalam wang kamu pinjam tapi belum bayar
RM98 = wang yang akan dibayar.

harga kasut = juga termasuk dalam wang yang dipinjam dan belum bayar = RM97
jumlah keseluruhan yang kamu pinjam dan belum bayar = baki duit RM1 + harga kasut RM97

hutang pada mak dan akak yang belum dibayar = baki duit pada Ali + harga kasut
RM49 + RM49 = RM98 = RM1 + RM97

dan

jumlah wang yang Ali pinjam = hutang yang belum bayar + hutang yang dah bayar
RM100 = RM98 + RM2

Emak : Ali, masalah ni kita boleh kaitkan dengan kehidupan kita. Yang pertama, kita kena tahu apa tujuan kita untuk capai sesuatu dan kena jelas.

Ali : Macam mana tu mak?

Emak : Contohnya kalau ada seorang budak perempuan nak berubah jadi baik. Maka dia kena tahulah bagaimana cara-cara nak jadi baik. Mungkin sebelum ni dia tak pakai tudung dan sekarang dia sudah berubah kearah yang lebih baik dengan memakai tudung ketika keluar rumah. Tapi dia masih memakai baju lengan pendek. Mungkin pada asalnya budak perempuan ni tak jelas kenapa perlu memakai tudung untuk menjadi baik. Mungkin dia tak tahu sepatutnya dia perlu menutup aurat dengan mengenakan tudung di kepala dan memakai baju lengan panjang. Kita tak boleh campur-adukkan perkara baik dan buruk sekali gus.Penyelesaian tak akan berlaku.

kakak : Betul,betul,betul. Memang masalah tak akan selesai.Makin pening memikirkannya adalah.

Ali : Betul juga ek..misallah kata kalau harga kasut tu RM95, baki duit tinggal RM5. Lepas tu Ali pulangkan pada akak RM2 dan pada mak RM2. Yang tinggal pada Ali RM 1. Hutang yang tinggal pada akak dan emak RM48 setiap seorang. Setelah dicampur RM48 + RM48 +RM 1 = RM97. Mana lagi RM3? Duit tu tak hilang pun..cuma tersalah campur je..hehe..Terima kasih mak,akak..

Kakak : Tu la, lain kali fikir betul-betul dulu sebelum buat sesuatu.

Ali : Baik, kak.





Friday, December 10, 2010

twister


ada rupa twister kfc tak?



nak tau cara buat? senang je..hehe..yang penting ada roti tortilla sebagai kulitnya.Tapi kalau tak jumpa jual di tempat anda ( macam kat pekan kecil si tukang taip entri) boleh guna roti capati. Roti capati ni nak beli kedai mamak boleh nak buat sendiri pun boleh. Yang gambar kat atas ni ,tukang taip entri buat capat sendiri ye.

Bahan-bahanya:
400g tepung atta
200g tepung gandum
400ml air
mentega yang telah dicairkan
sedikit garam.

1)larutkan garam kedalam air. Selepas itu,campurkan tepung atta dan gadum.
2) buat lobang ditengah dan masukkan mentega.
3) mulakan menguli.
4)masuk air tadi sedikit demi sedikit.
5)uli sampai jadi doh.
6) bila sudah gebu,pecahkan pada bulat-bulat kecil.
7)biarkan sebentar sebelum membakar.
8)gelek doh sehinnga nipis.
9)bolehla mula goreng atas kuali tanpa minyak.
10) semasa memasak ,hujung roti perlu ditekan-tekan.
11)balik-balikan sehingga masak.
12) kalau nak capati yang lembut dan senang nak gulung semasa buat twister boleh la goreng dengan minyak.

Bahan-bahan twister.
roti tortilla/capati
isi ayam crispy tanpa tulang
salad
capsicum warna merah,hijau,kuning yang telah dihiris
tomato potong dadu
sos cili
moyonis

Cara-caranya:
1)susun salad atas roti dibahagian tepi.
2) letak copsicum dan tomato di atas salat.
3) letakkan mayonis diatasnya.
4) latakkan ayam berserta sos cili.
5)tutup dengan salad semula.
6)gulung roti dengan kemas supaya gulungan tidak tanggal.

sedia dimakan!



udang mentega




1/2kg udang
seulas bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dititik
4 sudu mentega
sedikit garam dan gula
sedikit lada hitam

1)panaskan mentega dalam kuali.
2)masukkan bawang putih,goreng sehingga kekuningan.
3) masukkan lada hitam yang telah ditumbuk.
4)masukkan udang dan bawang besar.
5)gaul sehinnga masak.




popcake





lebihan kek
susu pekat manis
coklat masakan
coklat tabur

1) hancurkan kek,dan masukkan susu.
2) gaulkan dan kepal-kepalkan kek tersebut menjadi bulat-bulat kecil.
3)cairkan coklat masakan.
4) salut kek tersebut dengan coklat yang sudah cair.
5) masukkan kedalam bekas cawan.
6)hias menggunakan coklat tabur.

p/s: boleh juga dihias menggunakan coklat masakan yang berwarna menggunakan paiping bag.

Thursday, December 9, 2010

MAHA 2010

Diadakan di Maeps, Serdang dan berakhir pada 5 Disember yang lepas. pameran ini berkaitan dengan hasil pertanian dan penternakan di Malaysia.




Ada banyak benda menarik yang tak pernah jumpa,salah satu yang tukang taip entri nak kongsi mengenai gambar kat bawah ni.


Nama dia Mee Tarik..salah satu makanan popular yang ada di MAHA. Mee yang buat sendiri guna tangan. Tempah dulu,baru dia buat. Rasa mee dia biasa je,sama dengan mee yang buat guna mesin. Tapi dumpling dia sedap,dalam dumpling ada isi ikan.



Bersama maskot MAHA.

mulut abah dengan maskot sama!hehe..





Wednesday, December 8, 2010

Olio Kamilio


300g Spageti
seulas bawang besar dipotong dadu
50g lada capsicum hijau,oren dan merah yang dipotong dadu
5 ekor udang
sesudu oregano
2 sudu minyak zaitun
sedikit garam

1) rebus spageti sehingga lembut dan letak kan sedikit minyak supaya tidak melekat.
2) panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang besar.
3) masukkan udang dan capsicum.gaul sehingga udang agak-agak masak.tak perlu terlalu lama,nanti udang akan jadi keras.
4)masukkan spageti dan oregano. Gaul semua,agak-agak dah masak tu,tutup api..

siap!