Friday, December 10, 2010

twister


ada rupa twister kfc tak?



nak tau cara buat? senang je..hehe..yang penting ada roti tortilla sebagai kulitnya.Tapi kalau tak jumpa jual di tempat anda ( macam kat pekan kecil si tukang taip entri) boleh guna roti capati. Roti capati ni nak beli kedai mamak boleh nak buat sendiri pun boleh. Yang gambar kat atas ni ,tukang taip entri buat capat sendiri ye.

Bahan-bahanya:
400g tepung atta
200g tepung gandum
400ml air
mentega yang telah dicairkan
sedikit garam.

1)larutkan garam kedalam air. Selepas itu,campurkan tepung atta dan gadum.
2) buat lobang ditengah dan masukkan mentega.
3) mulakan menguli.
4)masuk air tadi sedikit demi sedikit.
5)uli sampai jadi doh.
6) bila sudah gebu,pecahkan pada bulat-bulat kecil.
7)biarkan sebentar sebelum membakar.
8)gelek doh sehinnga nipis.
9)bolehla mula goreng atas kuali tanpa minyak.
10) semasa memasak ,hujung roti perlu ditekan-tekan.
11)balik-balikan sehingga masak.
12) kalau nak capati yang lembut dan senang nak gulung semasa buat twister boleh la goreng dengan minyak.

Bahan-bahan twister.
roti tortilla/capati
isi ayam crispy tanpa tulang
salad
capsicum warna merah,hijau,kuning yang telah dihiris
tomato potong dadu
sos cili
moyonis

Cara-caranya:
1)susun salad atas roti dibahagian tepi.
2) letak copsicum dan tomato di atas salat.
3) letakkan mayonis diatasnya.
4) latakkan ayam berserta sos cili.
5)tutup dengan salad semula.
6)gulung roti dengan kemas supaya gulungan tidak tanggal.

sedia dimakan!



No comments:

Post a Comment