Tuesday, October 30, 2012

Like a diamond in the sky


Tak ada bintang malam ni
Ada lah,tu..
Mana? tak nampak pun
La budak ni tak nampak ke

Kat sini banyak bintang!!
Subahanallah, banyaknya bintang
Patutla tadi dia tak nampak
Yang tadi samar-samar, kabur
Yang ni betul-betul jelas

Nikmat cerap bintang sambil baring
Pasti dimarahi jika mak ada
Anak dara baring atas tar!
Pengalaman pertama

Taburan bintang yang cantik
Ada sebaris tiga
Ada sebaris empat
Macam-macam ada

Tak diduga
4 tahi bintang bagai hujan meteor

Baring, senyap
Teringat ayat Quran
Bintang sebagai pelempar syaitan
Oh di surah al-mulk
Juga sebagai perhiasan langit

Tiba-tiba mata segar hirup udara dingin
Yang tadinya layu mahu ketiduran

Mereka beruntung
Hidup bersama alam
Mungkin antara sebab sains lagi bijak dari bahasa melayu
Mereka juga Allah bagi kelebihan

Ada bahasa-bahasa puitis dihujung sana
Hanya mendengar tanpa suara
Oh kelopak mata sudah banjir

Kenangan ini tidak bisa dirakam kamera
Cubaan berkali-kali
Tapi hampa
Gelap sahaja

Tapi kita masih ada ciptaan Allah yang agung
Yang tidak boleh diatasi ciptaan manusia
Mata!
Akan kusimpan baik-baik memori ini di filem retina
Moga ketemu lagi

#Langit kita tidak sama

Saturday, October 27, 2012

Strawberi

kehampaan untuk membeli strawberi
diubati dengan khatam Quran

sambil membaca surah-surah
mata juga melihat maksud ayat

mata terhenti pada maksud ayat keenam surah al-maun
tidak semena-mena kelenjar lakrimal merembeskan sesuatu

manusia mudah lalai
terlupa seketika tentang-Mu
pantas saja diingatkan

#Berita baik: tiada strawberi segar disana

Friday, October 12, 2012

Senyum =)



‎"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." 
(HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)




Saya belajar untuk senyum


ada yang balas semula dengan senyuman

namun ada juga yang menunjukkan muka seperti baru terminum cuka

walau kita sudah tidah sehaluan

jangan putuskan tali persaudaraan hanya kerana itu