Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

makan-makan .Rasulullah is our model.

Subject: Makan

JENIS MAKANAN


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING


Jangan makan DAGING bersama IKAN(ni selalu makan)



Jangan makan IKAN bersama SUSU


Jangan makan AYAM bersama SUSU



Jangan makan IKAN bersama TELUR (mcm selalu buat je)


Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD(macam penah makan,bukan selalu salad buat hias ikan ke..emm)


Jangan makan SUSU bersama CUKA


Jangan makan BUAH bersama SUSU cth :- KOKTEL( ni selalu sangat,lain kali jgn makan koktel ya)


· CARA MAKAN

· JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU,

BARU MAKAN NASI.
· TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.(betul ke? patut la ngantuk je lepas makan tengahari,rupanya kena tido)
· JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.(jangan tinggal makan malam tp jgn makan lewat kan,kalau makn pkul 6ptg dikira makan mlm tak?)

· Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah.....


· Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek....

Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.


· Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.(selalu makn tomyam campur..hapuskan dari menu restoran la,baru org tak makan..emm)


· Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.


· Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:


· Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangkan penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.(esok mau bangun awal,mandi sebelum subuh la..)


· Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk(ha..yang ni selalu buat)

(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).


· Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa).

Kita akan terhindar daripada sakit kepala atau migrain.(owh..ya ke..patut la selalu sakit kepala..nak try buat)

Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan

mengalir ke ruang tersebut.


· Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...


· Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
· WallahuA'lam

Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Wednesday, May 30, 2012

susah minum 3 liter? mari cuba cara mudah!

setiap kali sebut tentang minum air 3 liter, mesti orang yang mendengarnya akan respon
'banyakknya 3 liter! nak minum 1 liter pun susah'

dalam islam kita ada 5 kali solat wajib

subuh, zohor, asar, maghrib isya'

dan nak tambah solat sunah dhuha

semua sekali ada 6 kali kita solat..

kalau setiap kali sebelum dan selepas solat dapat minum air sebanyak 500ml, cukup satu hari 3 Liter..

solat adalah jam terbaik bagi umat islam!

Tuesday, August 2, 2011

Kem Ramadhan

Dalam setahun, ada satu bulan semua umat islam kena masuk Kem iaitu Kem Ramdhan. Hasil dari kem, umat islam mesti menjadi tentera yang hebat dibulan Syawal dan seterusnya..yang hebatnya, dalam Kem Ramdhan ada pesta ibadah percuma..





Di dalam Kem Ramadhan kita diajar berdisiplin, melawan nafsu dan ibadah yang kita lakukan dilipat kali ganda ganjaran. Jadilah muslim yang sebenar, ikut apa-apa yang telah disyariatkan. Yang wajib perlu dilaksanakan dan yang sunnah perlu perbanyakkan.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
(Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 183)


Pernah tak buat check list? Hari ini solat cukup 5 waktu tak, jumpa bukan muhrim tutup aurat tak, puasa kita betul-betul sempurna tak..mungkin ada orang sukar nak melaksanakan perkara wajib jika duduk di persekitaran orang tak endah apa-apa yang kita buat. dan mungkin ada yang ambil tahu tentang kita tapi malu untuk menegur..kalau dah ada orang menegur tapi diri sendiri yang tak ambil tindakan tak guna juga..Jadi, ambillah kesempatan di Kem Ramadhan ini ubah serba sedikit apa yang perlu..kalau sebelum ni rambut ditayang-tayang,mungkin boleh cuba pakai tudung, kurang sikit dosa lelaki yang selalu tengok kamu..sebelum ni tak baca al-Quran pun, apa salahnya sekarang kita baca.. perkara yang di Kem Ramadhan bukan setakat berhenti di Kem sahaja tapi mesti diteruskan di bulan syawal kerana kamu sudah menjadi tentera hebat, tak kan tentera hebat tak praktikkan apa yang belajar kan..




Pernah terfikir tak kenapa disiplin sangat penting dalam hidup. Percaya tak kalau saya kata orang yang tak berdisiplin, tak akan berjaya dalam hidup. Contoh mudah, kalau kita tak ikut peraturan puasa macam sahur selepas azan subuh,puasa kita tak diterima Allah kan.. Sama juga macam ambil diet Herbalife, kalau tak ikut cara makan sebenar anda tidak akan berjaya..Jadi, ikut cakap coach ye supaya anda tak bazirkan duit.

Tahukah anda, kenapa kalau orang perempuan yang 'datang bulan' kena ganti puasa tapi tak perlu ganti solat..Jawapannya, puasa adalah salah satu cara mendidik nafsu kita. Nafsu cuma takut dengan neraka kelaparan je. Jadi bagi sesiapa yang tak boleh tahan nafsu makan di hari-hari biasa, sangat sesuailah anda mengambil diet Herbalife di dalam Kem Ramadahan. Berat turun bertenaga !

Siapa nak cuba Herbalife bulan puasa ni? sms 017-7625262.
Cara makan di bulan puasa seperti dibawah =)


Thursday, June 9, 2011

Herbal Aloe concentrate

Assalamualaikum..
Hari ini saya nak cerita tentang Aloe Concentration..

 Ia menyokong fungsi pencernaan yang menyihatkan dengan menenangkan perut dan melegakan gangguan pencernaan sekali-sekala..

Tahu tak macamana rupa usus kita? Jom hari ni kita belajar anatomi sikit..

yang bawah ni keadaan dalam usus, ini namanya vilus-vilus usus


 perasan tak,stuktur usus ni sama dengan tuala?


Cuuba tengok texturenya, sama kan?


Cuba bayangkan tuala yang dah berbulan-bulan guna,mesti kotorkan..
Kalau nak basuh mesti guna sabun,baru bersih..







Sama la macam usus, Aloe ni ibarat sabun bersihkan usus..dah berapa lama kita hidup? mesti dah makan macam dan usus pun kotor..






Jom cuba minum aloe! banyak manfaat penting
  • Menenangkan perut
  • Melegakan gangguan pencernaan
  • Meningkatkan kesihatan usus
  • Meningkatkan penyerapan nutrien

Herbal Aloe Concentrate diperbuat daripada tumbuhan aloe yang mengandungi enzim semula jadi, vitamin, mineral, dan asid amino untuk membantu menyokong pencernaan yang sihat*

*Perenyataan ini belum dinilai oleh Food and Drug Administration. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mengelakkan apa-apa penyakit.

Friday, March 18, 2011

Lemak hilang melalui _________,selepas anda berjaya turun berat badan.

Bismillah..

Apakah jawapan bagi tempat kosong di tajuk entri? Jom teruskan baca..

' Minum air banyak-banyak tau, kalau selalu buang air kecil tu bagus la sebab lemak keluar melaui air kencing'

ni nasihat coach pada aku, waktu mula-mula dulu sebagai consumer Herbalife.

Punyalah aku fikir, macamana lemak boleh keluar dari air kencing secara saintifiknya? haha..Gaya macam ambil kos dietetic. Tapi mestilah nak tahu secara logiknya macamana proses itu berlaku. Rupanya bergini..



1)Apabila anda mengurangkan pengambilan kalori daripada yang diperlukan, badan akan menggunakan lemak (triglicerides) untuk penghasilan tenaga. 

2)Melalui proses yang kompleks, 'triglicerides' akan menghasilkan dua komponen yang berlainan iaitu 'glycerol' dan 'fatty acid'. Kedua-dua komponen ini akan diserap ke dalam hati, buah pinggang dan otot. Di sini, komponen tersebut akan melalui proses kimia yang akan menghasilkan tenaga untuk digunakan oleh badan.

3)Melalui proses ini, suhu yang sesuai dengan keadaan suhu badan akan dihasilkan. Proses ini juga menyebabkan penghasilan air dan karbon dioksida yang akan dibuang melalui air kencing dan pernafasan.

Sumber: i-Healthy

Shake Herbalife mempunyai kalori yang rendah, jadi kita hanya ambil kalori yang cukup untuk badan guna sahaja. Tiada lagi masalah terlebih kalori. kalau kita ambil terlebih kalori, kalori yang tak digunakan itu la yang jadi lemak.

Dah tahu jawapan macamana lemak hilang lepas ambil shake? sudah!!

Berminat dengan makanan rendah kalori?
hubungi saya =)
sms/call : Kamila 017-7625262


Saturday, February 26, 2011

Tip atasi kegemukan

Bismillahirahmanirahim..

Minggu lepas, salah satu assignment yang kena buat ialah mengenai book review buku parenting untuk subject family management and parenting. Ya, kat U blajar parenting, required university subject. Memang menggalakkan student kawin awal dan kebetulan minggu depan ada kursus kahwin kat sini, harga pun lagi murah dari kat luar. Tapi dukacita dimaklumkan tempat dah penuh, baru buka registration sejam, 120 tempat dah penuh. Fuh! memang ramai ke yang nak kawin? tunggu dan lihat je la, kad siapa yang sampai dulu kan..

Berbalik pada book review, tajuk buku, Mencipta Keluarga Hebat: Tip Membentuk Keluarga Fantastik, penulis ialah Ikhsanudin dan Mirna Amir, terbitan Yamani Angle. Buku ni memang sesuai untuk orang yang dah berlkeluarga atau yang baru nak berumah tangga. Banyak tip yang dikongsikan, lengkap dari tip kesihatan, tip keibubapaan, tip jaga bayi, tip kewangan pun ada. Semua sekali ada 107 tip. Salah satu tip ialah atasi kekegemukan. Memang bersetujulah dengan tip-tip tu dan yang bestnya boleh kaitkan dengan Herbalife.

Dalam Herbalife, memang menggalakan minum air 3 liter, makan makanan kalori rendah (fomula 1 ada 90 kalori je), bersenam ( yang ni tak perlu bersenam pun tak apa, tapi kalau nak senam juga, tak ada salah pun) dan banyak lagi tip yang berkaitan.

Tak boleh nak kongsi tips dalam buku tu, nanti kena saman la pula sebab tak minta kebenaran kat penerbit. kalau nak tahu apa tipnya, boleh la cari buku tu =)

Comel je, ada nota dari penerbit,semua ilustrasi adalah khayalan penulis dan bukan menjadi pendirian penerbit. Sebahagian watak dalam lukisan tidak menutup aurat.

Senang cerita, memang cara makan Herbalfe ini memang sesuailah dengan cara pemakanan kesihatan yang betul.
Apa tunggu lagi?
Mari-mari..
Siapa nak atasi kegemukan?
Hubungi saya:
Kamila
sms/call: 017-7625262

Saturday, February 5, 2011

BERITA HARI INI: Kanak-kanak Malaysia, terhebat obesiti !


A nation of fat and small kids


ONE out of four children in the country is either overweight or obese. One out of three teenagers is overweight, while one out of six is obese.

It's no wonder Malaysia has earned a spot in the "World Map of Obesity".

Childhood obesity levels in Malaysia are higher than in most Asian countries as well as developed nations such as Netherlands, the United Kingdom and Germany.



2011/02/06
By Chandra Devi Renganayar and Sonia Ramachandran
news@nst.com.my



Malaysia memang boleh segala benda. Bangga kah kita? 




Sunday, November 7, 2010

macamana nak makan shake ketika berpuasa?


assalamualaikum..
ari tu ada customer tanya kalau puasa macamana nak makan shake..kat gambar atas ni ada terangkan cara-cara makan shake ketika puasa..tak kesah la puasa ramadhan ke puasa sunat ke..

~selamat berpuasa sunat~

p/s: sekarang dah masuk bulan zulhijjah,banyak fadilatnya kalau kita puasa sunat.

Saturday, November 6, 2010

sains dalam solat..

Bismillah..
Tajuk buku: Solat, Kebaikan dari Perspektif Sains.


Sudah lama mendengar tentang buku ni sejak zaman asasi lagi..tetapi belum berkesempatan memilikinya..yang mengagumkan ialah orang yang mengkaji tentang solat ini. ada 3 orang dan salah seorang daripadanya orang cina. Mungkin ada yang tahu atau ada yang tak tahu solat mempunyai kebaikan secara saintifik..


AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tomakninah," katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.


~wajah-wajah pengkaji ~



KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Sumber:Berita Harian
Nak tahu lebih mendalam lagi tentang kajian ini, kena beli bukunya..
p/s: setiap yang Allah jadikan dan tentukan pasti ada kebaikannya.

Wednesday, October 27, 2010

Nikmati kunyahan anda!

In the name of Allah, Most Gracious and Most Graceful..

Study was found by Dutch on 2009,
extra 3 second that we spent for chewing each bite of food ,
could help us consume lower calories overall!

why it could happen?

because chewing in long period,help brain register your food and you will feel full quickly..

so, go back to Sunnah..
Why our prophet Muhammad suggest to chew the food till 44 times?
now, we are know the reason.. Rasulullah was told us since 1400 years ago..
as a muslim, why should us follow it?

*Nikmatilah kunyahan anda dengan sebaik-baiknya, agar mengambilan kalori dapat dikurangkan..

Monday, October 18, 2010

Fomula 1~



Jom tengok video ni..cerita tentang Fomula 1..

Air boleh turunkan berat?

Macam mana air boleh turukan berat?

sebab air penting untuk bakar kalori dalam badan..penting tuk metabolic process..

manusia biasa kena minum 2.5L air sehari..
kalau nak turunkan berat kena tambah lagi 750ml air..
jadi, orang yang nak turun berat kena minum 3.25L sehari..
banyaknya!!

banyak ke??

tak lah.. kalau dah biasa minum x jadi masalah..minum la sikit-sikit dari pagi..

Badan kita akan membuang 1.7L air sehari untuk perkumuhan..
kalau kita minum kurang dari 1L sehari,cukupkah air dalam badan kita??
kesian ginjal kita..

Wednesday, October 13, 2010

kenapa tak makan nasi? kitakan org Malaysia..


sanggupkah anda mengelak dari makan makanan ruji kita iaitu nasi?
perlu ke makan protein sahaja tanpa makan nasi?


















Nasib baik dalam herbalife ada penimbang Tanita..



jadi boleh la kita tau peratusan lemak,air dalam badan..boleh tau umur sebenar badan juga..macam-macam lah boleh tau sebenarnya..

Jadi kepada sesiapa mahu tahu lagi cara diet yang betul boleh sms/call saya:
Kamila
017-7625262