Saturday, September 15, 2012

keep heart clean with clorox

It is very easy to give advice to all people of the whole world but it's very difficult to act upon it oneself.

Kenapa susah nak terima nasihat wahai hati?
Kerana nasihat itu pedih bagi hati yang dipenuhi hawa nafsu
Wahai hati, adakah perlu rendam clorox baru mudah terima nasihat


Monday, September 10, 2012

Dari kaca mata ke kanta lekap


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Di UIA, kos optometri dibawah selian Department of Optometry & Visual Science, Kulliyah of Allied Health Sciences. UIA adalah IPTA kedua mempunyai kos optometri selepas UKM. Di Malaysia, ada 7 IPT yang menawarkan kos optometri iaitu 3 IPTA (UKM, UIA, UiTM) dan 4 IPTS (Twintech, SEGI College, Tun Hussein Onn Eye Hospital, MSU). Selalunya kita berpeluang beramah mesra dengan pelajar dari universiti lain apabila adanya conferen, seminar atau hari sukan. Antara aktiviti yang telah dianjurkan UIA untuk pelajar optometri satu Malaysia ialah Malaysia Optometry Students Sport Event 2010 (MOSSE 2010) yang telah diadakan di Pantai Sepat, Kuantan dan Malaysia Optometry Student Seminar 2012 (MOSSEM 2012) di Grand Hall, Admin Building UIA Kuantan . Kita juga pernah menghantar pelajar ke conferen dan hari sukan yang dianjurkan oleh universiti lain. Dalam family opto banyak juga yang aktiviti yang dijalankan. Selalunya aktiviti ini dianjurkan oleh department. Semua pelajar, pensyarah dan staf akan sertai aktiviti-aktiviti seperti jamuan raya, family day, mahabah night dan sebagainya. 

Jangan takut tiada rezeki

Dan tiadapun sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak dibumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semua itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata. [surah Hud: 6]



Rezeki itu apa?
ilmu yang bermanfaat
ketenangan jiwa
rumah yang selesa
pasangan yang soleh atau solehah

Rezeki sentiasa ada untuk kita
cuma perlu cari
usaha
ikhtiar
sebab Allah tak turunkan hujan emas secara tiba-tiba