Monday, September 10, 2012

Dari kaca mata ke kanta lekap


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Di UIA, kos optometri dibawah selian Department of Optometry & Visual Science, Kulliyah of Allied Health Sciences. UIA adalah IPTA kedua mempunyai kos optometri selepas UKM. Di Malaysia, ada 7 IPT yang menawarkan kos optometri iaitu 3 IPTA (UKM, UIA, UiTM) dan 4 IPTS (Twintech, SEGI College, Tun Hussein Onn Eye Hospital, MSU). Selalunya kita berpeluang beramah mesra dengan pelajar dari universiti lain apabila adanya conferen, seminar atau hari sukan. Antara aktiviti yang telah dianjurkan UIA untuk pelajar optometri satu Malaysia ialah Malaysia Optometry Students Sport Event 2010 (MOSSE 2010) yang telah diadakan di Pantai Sepat, Kuantan dan Malaysia Optometry Student Seminar 2012 (MOSSEM 2012) di Grand Hall, Admin Building UIA Kuantan . Kita juga pernah menghantar pelajar ke conferen dan hari sukan yang dianjurkan oleh universiti lain. Dalam family opto banyak juga yang aktiviti yang dijalankan. Selalunya aktiviti ini dianjurkan oleh department. Semua pelajar, pensyarah dan staf akan sertai aktiviti-aktiviti seperti jamuan raya, family day, mahabah night dan sebagainya. 

Optics dan ocular anatomy antara subjek yang akan belajar ditahun pertama. Subjek ini adalah asas dalam optometri. Kegunaan subjek ini akan lebih jelas apabila belajar Clinical Optometry di tahun dua. Semua procedur yang akan kita lakukan pada pesakit mempunyai asas optic. Di tahun dua, bermulalah kesibukan melanda. Jadual akan penuh pagi hingga petang. Tiap-tiap minggu kena hantar report clinical, ini tak termasuk assignment subjek lain. Assignment bukan sekadar menaip di kertas tetapi ada juga assignment kena buat video dalam subjek pharmacology. Ketika di tahun dua juga akan belajar Binocular vision yang selalu memeningkan kepala.  Kadang-kadang ada juga  kelas hujung minggu dimana pensyarah dari universiti lain akan datang mengajar. Mungkin pada awalnya, kita akan rasa stress apabila ada kelas dihujung minggu tetapi ini adalah sebahagian latihan untuk menjadi seorang optometrist. Mungkin kita akan kehilangan cuti hujung minggu akan datang jika kita memilih untuk bekerja di kedai cermin mata. Jika tidak mahu,kita boleh memilih untuk bekerja di hospital atau pun kedai cermin mata yang bercuti pada hari ahad.

Masuk tahun ketiga akan belajar dispensing. Disini kita akan belajar potong kanta mengikut kesesuaian bingkai cermin mata.Subjek ini sangat seronok untuk orang yang suka teknikal. Di semester kedua, kita akan berjumpa dengan pesakit sebenar. Semua subjek yang sudah di belajar sebelum ini akan di gunakan dalam klinik. Sebelum pesakit datang, mereka akan buat temujanji dahulu. Jika ada dikalangan kawan-kawan kita yang ingin jadi pesakit kita, kita perlu buatkan temujanji untuknya mengikut kekosangan tarikh. Masa untuk klinik 2 jam untuk seorang pesakit. Dalam masa dua jam, kita perlu buat semua test iaitu entrance test, refraction dan lain-lain. Jika persakit memerlukan follow up, kita akan buatkan temujanji seterusnya untuk pesakit. Selain itu, kita juga akan buat screening disekitar Kuantan. Jika ada pesakit yang mempunyai masalah, kita akan bagi temujanji untuk datang  ke klinik kita.       

Apabila ada kemasukan pelajar baru, minggu pertama selalunya akan diadakan perjumpaan satu department  untuk memperkenalkan pelajar-pelajar baru. Soalan wajib yang perlu adik-adik jawap ialah kenapa pilih optometri. Macam-macam jawapan yang akan didengar. Ada yang nak buka kedai cermin mata sendiri, ada yang nak tolong orang sakit. Walau apapun jawapannya jangan lupa setiap yang kita lakukan semua kerana Allah. Mungkin jawapan kenapa mahu jadi optometris dan apa yang kita suka dalam optometri akan menentukan tempat kerja yang kita akan pilih akan datang. Tercetusnya persoalan ini ketika berpraktikal semasa cuti yang lalu. Berpraktikal di dua tempat iaitu hospital dan kedai cermin mata memberi pengalaman yang berbeza. Di hospital, masuk kerja pukul 8.00 pagi dan pulang pukul 5.00 petang.Waktu bekerja 5 hari sahaja seminggu. Disini, akan temui pesakit mata yang agak serius dan boleh jumpa macam-macam penyakit dan syndrome yang kita belajar dalam Ocular Disease. Walaupun optometris tidak terlibat di dalam bilik pembedahan, optometris akan terlibat sebelum dan selepas pembedahan untuk melihat perkembangan power mata. Alhamdulillah, ketika disana, pelajar praktikal dibenarkan masuk bilik pembedahan dan melihat sendiri prosedur pembedahan katarak. Disini, pesakit sangat ramai sehingga kadang-kadang satu hari 40 orang pesakit datang buat refraction, 20 orang buat A scan, 20 orang buat HVF. Walaupun pesakit ramai, pkul 5.00 petang sudah boleh pulang ke rumah. Ini sedikit berbeza ketika berpraktikal di kedai cermin mata. Masa bekerja pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Disini banyak belajar tentang jenama-jenama dan jenis-jenis kanta serta kanta lekap, belajar dispensing dan pengalaman memilih bingkai yang sesuai untuk pelanggan. Di sini pelanggan tidak seramai di hospital, paling ramai pun 15 orang satu hari terutama pada hari sabtu, ahad dan cuti am. Disebabkan itu, pekerja tidak dibenarkan cuti  pada hari tersebut kecuali senior optometrist. Apa-apa pun pilihan tempat kerja, asalkan hati gembira dan masih boleh mencari ruang dan peluang berbakti pada masyarakat.
    
Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai perbentangan proposal projek tahun akhir. Dekat seminggu lebih juga, tidurnya tidak teratur untuk menyiapkan report praktikal, 2 kes pesakit untuk perbentangan dan menyiapkan proposal  projek tahun akhir. Semua ini perlu dihantar dan dibentang seminggu sebelum masuk semester baru. Dikala sahabat-sahabat semester lain masih lagi bercuti, kami pelajar tahun akhir optometri sudah berada di Kuantan. Ini bukan kali pertama, semester lepas juga bergini, datang awal untuk praktis klinik. Kami akan jadi pelajar semester paling akhir balik rumah untuk bercuti dan paling awal pulang semula ke Kuantan.

Jadual tahun 4 sudah berada ditangan. Jika dahulu cuma ada satu klinik iaitu Primary Care Clinic, sekarang ada penambahan dua klinik iaitu specialization clinic dan contact lens clinic. Specialization clinic termasuk masalah low vision, rabun warna, masalah binocular vision dan pediatrik. Tidak lupa juga, projek tahun akhir perlu disiapkan. Semoga kesibukan yang bakal ditempuhi ini tidak melupakan saya pada amanah yang dipegang.

 Jika mengimbau kembali ilmuan islam yang terkenal dalam sumbangannya dalam optik,iaitu Ibn Haitam. Beliau juga dikenali sebagai saintis pertama . Beliau bukan sahaja menguasai ilmu optik, malah turut menyumbang dalam bidang astronomi, kejuruteraan, perubatan, matematik, falsafah dan psikologi. Selain ilmu di dalam kelas, banyak lagi ilmu di luar kelas yang boleh kita terokai. Sains itu alam. Alam itu tanda Allah. Semoga apa-apa yang kita belajar menuju kepada Allah.

Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah meminjamkan matanya untuk proses pembelanjaran saya selama ini. Hanya Allah sahaja membalas jasa kalian. 

No comments:

Post a Comment