Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah,hari ini telah masuk tahun baru 01.01.11. Pasti ramai yang merancang untuk menyambut tahun baru dengan menghadiri konsert,melihat kecantikan bunga api dan sebagainya.
"Jom gegarkan KLCC!!" Kata-kata yang sudah menjadi kebiasaan anak muda.
Kebiasaannya anak muda yang ke KLCC akan pergi menontot konsert bersama pasangan yang bukan muhrim dan kadang-kadang menjadikan tahun baru sebagai platform 'aku ternoda'.Astagfirullah, harap-harap kejadian ini tidak terjadi dikalangan kita dan kita perlu mengelaknya.
Tetapi ada segolongan anak muda menyambut tahun baru dengan unik sekali. Kesedaran masalah dikalangan rakan sebayanya menjadi inspirasi mereka juga turut keluar menyambut tahun baru dan turun melaungkan 'gegarkan KLCC!!'.
Kehadiran mereka ke tempat sambutan bukanlah mahu berseronok mendengar konsert tapi yang lebih penting dapat memberi kesedaran kepada rakan sebaya yang mencurigakan perlakuannya. Menegur secara baik dan edaran risalah menjadi tujuan utama.
Mungkin ada yang dapat terima dan ada juga yang tidak dapat menerima teguran dari 'orang luar' walaupun sebenarnya kita semua adalah saudara. Walaupun begitu, apa yang dimahukan, remaja yang berpelakuan kurang enak dipandang itu sedar akan kesalahannya dan masih ada orang yang sayangkan mereka.
Sambutan tahun baru kamu pula bagaimana? Dapat beri manfaat pada orang lain?
No comments:
Post a Comment