"Apa nama cerita tu? Anak Mak Dara ea?"
"Apa?hahha.. Aku Masih Dara la.."
"Oh,salah..ok la tu ada dara-dara..hihi"
"Nak ikut tak?"
"Pergi bila? Malam ea?"
"Tak la petang ni lepas solat"
"ok,boleh juga"
" Dengar cerita,filem ni Islamic tapi ada kontraversi"
"Oh, ya.Ni yang lagi semangat nak ikut ni"
"Jom..jom"
haha..bila masa pulak si tukang taip entri boleh terjebak buat preview filem ni tapi ada benda menarik dalam filem ni Aku Masih Dara ni..Baru sahaja ditanyangkan 16 Dis 2010 dibawah arahan Ahmad Idham yang bertemakan Islamic romantik komedi.
Dipermulaan cerita, agak sakit mata melihat,sakit telinga mendengar, but it REAL Story of teenagers nowadays ! baju seksi, pergi clubbing, minum arak,edar dadah.. apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang?
makin maju pembangunan,rupa-rupanya makin mundur akhlak kebelakang.
Salah siapa?
Ibu bapa?
Persekitaran?
Kawan-kawan?
Sistem pendidikan?
Jawapannya --> salah diri sendiri.
Kenapa diri sendiri?
sebab diri sendiri yang tentukan nak pilih jalan yang mana.
Sebab tak gunakan otak sebaik-baiknya untuk berfikir mana yang baik mana yang buruk.
Sebab tak tahu apa tujuan sebenar Allah hidupkan diri kita kat dunia ni..
Lain orang,lain cerita:
1)Ada yang dari keluarga kaya,ibu bapa baik-baik, tapi tipu mak ayah, pergi clubbing malam-malam.
2) Dari keluarga susah,tapi mak ayah tak pernah tinggal solat, mengaji. Kononnya mencari kesenangan dengan jual pil-pil.
3) gaya hidup keluarga yang telah tersasar dari Islam,menyebabkan dia terfikir.Betul ke apa yang dia buat.
Semua ini adalah kisah di dalam Aku Masih Dara.
Mendengar tajuknya sahaja telah menyebabkan ramai yang bersuara dengan isu sensitif ini. Seperti tiada tajuk lain yanag hendak diletak,saja nak tarik penontot tapi itulah isu sebenar yang diangkat dalam filem ni.
Alah,kalau ramai remaja tengok cerita ni pun,bukan nak ikut yang baik,pakai tudung,belajar ngaji,solat..mesti ikut perangai yang buruk,pakai seksi-seksi,pergi enjoy.. Ye ke?
Allah tak akan merubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak hendak berusaha. Maka,otak yang dikurniakan perlu digunakan sebaiknya..tak kan tak ada terdetik difikiran,aku dikategori mana,baik ke jahat..nanti masuk syurga ke neraka..
Ada pula yang kata,filem ni merendahkan martabat orang bertudung. Orang yang pakai tudung ni saja nak tutup love bite? Ini bukan merendah martabat tapi hendak bagi tahu bukan semua orang yang pakai tudung kerana hendak tutup aurat tapi ada niat lain. Sebetulnya kita memang tak boleh pandang dari luaran sahaja,kerana hati ada dalam diri masing-masing,tidak boleh dilihat sesiapa pun..hanya Allah sahaja yang tahu siapa dirimu sebenar..
Cerita ni sama dengan cerita Syurga Cinta la, mula-mula jahat lepas tu jadi baik..tapi pembawakan tema dan kisah cerita ni lagi berat..dan dihiasi dengan unsur-unsur komedi pelakon-pelakonnya.
Kan best kalau pelakon pun turut berubah. Kadang-kadang terfikir pelakon yang melakonkan watak-watak ni tak ada rasa apa-apa ke? tak rasa bersalah ke,berubah hanya di layar perak bukan di dunia realiti.Mungkin watak Firdaus tu sahaja penontot berpuas hati kerana pelakonnya sudah sedia 'berhijrah'. Yang lain?
Agak-agak ranting cerita ni tinggi tak? Berapa juta ea? sama-sama kita tunggu..hihi
No comments:
Post a Comment