Tarikh: 8 Disember 2012 (Sabtu)
“We need to reeducate ourselves.” Kita mesti mendidik semula diri kita.
a) Ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem pendidikan yang sedia ada. Ada perkara yang dirasakan tidak cukup.
b) Sebagai contoh, kita dilatih sebagai seorang doktor perubatan, tetapi kita tidak betul-betul dilatih sebagai seorang manusia.
c) Sistem kita tidak mementingkan watak manusia tetapi mementingkan otak manusia.
d) Maka jadilah atau lahirnya manusia yang berotak tetapi tidak berwatak dan berakhlak.
e) Apa yang dipentingkan oleh kebanyakan orang sekarang ialah kecemerlangan akademik.
f) Subjek pengajian Islam sendiri telah terheret kepada exam oriented bukannya penghayatan, pengamalan dan pengabdian diri kepada Allah.
g) Kita mesti cinta kepada ilmu dengan memahami konsep menuntut ilmu itu sebenarnya.
h) Kalau sekadar mahu mengisi otak sahaja, maka kita akan lupa.
i) Sebagai contoh, mereka yang sudah lama berkerjaya, cuba ambil peperiksaan SPM sekarang, maka pastinya tidak boleh lulus semuanya dengan cemerlang.
i) Usahakan cinta kepada ilmu.
#Sedikit perkongsian dari abang BKA yang baik hati..Terima kasih =)
#Andai ada peluang sambung belajar pasti saya sahut.
No comments:
Post a Comment