E-book yang menarik untuk dibaca..
Sebagai sebuah gerakan, mahasiswa/masyarakat sivil, malahan
dalam apa bidang sekalipun, perlu mempunyai rukun perjuangan.
Dalam hal ini, saya percaya, ia terdiri daripada tiga perkara,
iaitu, idealisme, aktivisme dan intelektualisme. Perkara-
perkara ini banyak saya pelajari daripada bekas Presiden ABIM,
Dr. Siddiq Fadhil.

Idealisme merujuk pegangan atau prinsip fundamental yang
berasaskan dua perkara pokok. Pertama, kecintaan terhadap
nilai yang muluk, mulia dan murni. Contohnya, kecintaan terhadap
kebenaran, keadilan dan keharmonian. Manakala yang kedua ialah

kebencian terhadap unsur yang murah, muak dan mual, contohnya,
kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kehuru-haraan.
Ini diambil daripada ajaran Islam tentang berbuat makruf dan
melarang kemungkaran.

Aktivisme pula ialah proses merealisasikan idealisme. Ini termasuk
kebijaksanaan menerjemah idealisme agar menjadi langkah-langkah
atau tindakan-tindakan yang praktikal. Di sini lahirnya hal ehwal
perjuangan seperti kesukarelaan dan pengorbanan. Dalam
Islam,ini ditandai oleh konsep berlumba-lumba
berbuat kebajikan.

Manakala intelektualisme tidak merujuk menara gading. Sebaliknya,
ia merujuk penghayatan budaya ilmu yang berasaskan tiga
prinsip, iaitu meletakkan ilmu dan ilmuwan
ditempat tertinggi; setiap individu sentiasa menuntut,
menyebar dan mengembangkan ilmu; dan setiap
keputusan dan tindakan dibuat berlandaskan ilmu.

Ketiga-tiga rukun ini perlu diamalkan secara bersepadu dan
seimbang. Hanya memiliki idealisme dan aktivisme, tetapi tanpa
intelektualisme, memungkinkan pemimpin mahasiswa/masyarakat
sivil bersemangat dan rajin berbuat program, tetapi kerana
tidak berbekal ilmu, maka ia tidak tahu bagaimana hendak
menghasilkan kemajuan dan keberkesanan yang berganda.
Hanya memiliki idealisme dan intelektualisme pula, tetapi tanpa
aktivisme, memungkinkan pemimpin mahasiswa/masyarakat sivil
bersemangat dan cerdik, tetapi kerana tidak berbuat apa-apa, maka
ia tidak akan menghasilkan sesuatu yang praktikal dan
konkrit. Manakala hanya memiliki aktivisme dan intelektualisme,
tetapi tanpa idealisme, memungkinkan pemimpin mahasiswa/
masyarakat sivil rajin dan cerdik, tetapi kerana tidak berprinsip,
maka ia boleh dijual-beli.

Wah..ini selari dengan Misi IIUM Facilitator Team
Providing high quality training for human development based on Idealism, Intellectualism, Activism and Spiritualism
=)