Bismillah..
Novel itu sudah lama tebiar sepi diatas meja. Sudah berbulan dia menjerit minta dibaca. Hanya selakan sahaja yang mampu kuberi sebelum ini. Hasil selakan beberapa helai, oh novel ini pasti kubaca. Konflik antara ateis-kristian -islam. Akhirnya telah kucuri masa 4 hingga 5 jam untuk novel ini dikala menunggu subjek peperiksaan seterusnya minggu hadapan.
Kisah ini tulisan dari seorang penulis terkenal Emine Uzqan Syenlikoghu penulis terkenal Turki, terbitan PTS. Kisah ini kisah benar yang berlaku di Jeraman-Turki pada zaman 30-an.
Zaman Kamal Attartuk. Ketika membaca novel ini, Oh perasaan membuak-buak mula
timbul untuk menceritakan pada orang lain tentang perancangan golongan fahaman
ateis.
Antara perancangan golongan ateis:
Pengaruh
islam bukan sepeti kristian. kita sudah berjaya hapuskan peranan
gereja, tetapi kita tidak dapat lenyapkan peranan masjid. Ia lebih sukar sedikit. Sasaran
utama kita adalah kitab suci mereka Al-Quran.
Yakin
pada masa akan datang hanya tinggal budaya arab sahaja,bukan kebudayaan Islam selama mana kita dapat menyekat pengaruh golongan taasub kepada agama.
Di mesir,
tiada pun ang mengaku 'saya penganut fahaman ateis' tapi kebanyakkan dari
mereka sudah jauh dari Islam.
Tambah
strategi. Project ibu tunggal- single parent. Ibu yang melahirkan anak zina.kejayaan besar bagi golongan ateis jika masyarakat dapat menerimanya.
Menghalang
negara dunia ketiga kuasai perusahaan jentera berat supaya mereka percaya
kemunduran negara mereka disebabkan oleh agama yang dianuti.
Slogan 'Ubati
perasaan malu' tertera di iklan perempuan separuh bogel didada-dada akhbar. Ini antara promosi yang dibuat.
Oh, itu yang berlaku di Tukri zaman dahulu. sekarang di Malaysia bagaimana? pasti golongan ateis ini bersorak gembira. Apa peranan kita?
No comments:
Post a Comment