Friday, February 24, 2012

sedar! Kepimpinan Waja

pemimpin tidak perlu jawatan
jawatan Khalifah tidak boleh dicabut
mesti dilakukan
tapi sayang tak semua orang faham

andai aku bukan di universiti
andai aku lemah pelajaran
apa yang dilakukan sekarang?

andai tiada wadah tempat berkhidmat
adakah mampu menjadi hamba Allah yang taat?

kefahaman itu penting
faham islam itu ibarat jantung
faham fikrah harakah itu tunjang dakwah
faham matlamat gerakan itu meniti jalan istiqamah

jangan pandang enteng pada ukhuwah
kerana itu kita kuat
kuat bersama-sama
makan,gembira,sedih,nangis

ya..
sudah pasti ada ujian mendatang
adakah dikatakan beriman jika tiada ujian?

yang pasti
berjiwa besar
berpandangan jauh
itulah keperluannya
agar kita lebih berjasa

mengapa perlu berjasa
agar dinegeri sana
mereka tak mempersoalkan kita
mengapa tidak ajak mereka

dengan nama Allah
kerana Allah

No comments:

Post a Comment