Tuesday, May 29, 2012

kongsi jom!


Bergembiralah untuk memberi
Kerana Allah memberi untuk kita memberi
Kata mak Rezeki perlu dikongsi-kongsi

Berilah dari hati bukan untuk ambil hati
Rezeki bukan harta semata-mata
Senyum,tenaga,masa semua boleh dikongsi

Ilmu ibarat cahaya
Kita ibarat lilin
Apabila lilin kita sudah bercahaya ibarat kita punyai ilmu
Apabila kita memberi cahaya pada lilin-lilin lain ibarat kita berkongsi ilmu 
Lilin kita tetap bercahaya dan makin banyak cahaya bernyala
Kongsi ilmu tidak kurangkan ilmu kita,malah bertambah-tambah ilmu itu

Hiduplah dengan kasih sayang Allah
Kerana ia akan meransang kasih sayang kita pada manusia
Bergembiralah!

No comments:

Post a Comment