Tuesday, September 20, 2011

Pelajar Dalam Kelas


Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda:

• Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.

• Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti. Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.

• Cuba duduk di barisan depan dalam kelas. Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.

• Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.

• Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda. Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas. Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.

• Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan. Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.

• Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.

• Catat setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?

• Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan. Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru. Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik. Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU.

• Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan. Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.

• Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas


oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Tuesday, August 2, 2011

Kem Ramadhan

Dalam setahun, ada satu bulan semua umat islam kena masuk Kem iaitu Kem Ramdhan. Hasil dari kem, umat islam mesti menjadi tentera yang hebat dibulan Syawal dan seterusnya..yang hebatnya, dalam Kem Ramdhan ada pesta ibadah percuma..





Di dalam Kem Ramadhan kita diajar berdisiplin, melawan nafsu dan ibadah yang kita lakukan dilipat kali ganda ganjaran. Jadilah muslim yang sebenar, ikut apa-apa yang telah disyariatkan. Yang wajib perlu dilaksanakan dan yang sunnah perlu perbanyakkan.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
(Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 183)


Pernah tak buat check list? Hari ini solat cukup 5 waktu tak, jumpa bukan muhrim tutup aurat tak, puasa kita betul-betul sempurna tak..mungkin ada orang sukar nak melaksanakan perkara wajib jika duduk di persekitaran orang tak endah apa-apa yang kita buat. dan mungkin ada yang ambil tahu tentang kita tapi malu untuk menegur..kalau dah ada orang menegur tapi diri sendiri yang tak ambil tindakan tak guna juga..Jadi, ambillah kesempatan di Kem Ramadhan ini ubah serba sedikit apa yang perlu..kalau sebelum ni rambut ditayang-tayang,mungkin boleh cuba pakai tudung, kurang sikit dosa lelaki yang selalu tengok kamu..sebelum ni tak baca al-Quran pun, apa salahnya sekarang kita baca.. perkara yang di Kem Ramadhan bukan setakat berhenti di Kem sahaja tapi mesti diteruskan di bulan syawal kerana kamu sudah menjadi tentera hebat, tak kan tentera hebat tak praktikkan apa yang belajar kan..




Pernah terfikir tak kenapa disiplin sangat penting dalam hidup. Percaya tak kalau saya kata orang yang tak berdisiplin, tak akan berjaya dalam hidup. Contoh mudah, kalau kita tak ikut peraturan puasa macam sahur selepas azan subuh,puasa kita tak diterima Allah kan.. Sama juga macam ambil diet Herbalife, kalau tak ikut cara makan sebenar anda tidak akan berjaya..Jadi, ikut cakap coach ye supaya anda tak bazirkan duit.

Tahukah anda, kenapa kalau orang perempuan yang 'datang bulan' kena ganti puasa tapi tak perlu ganti solat..Jawapannya, puasa adalah salah satu cara mendidik nafsu kita. Nafsu cuma takut dengan neraka kelaparan je. Jadi bagi sesiapa yang tak boleh tahan nafsu makan di hari-hari biasa, sangat sesuailah anda mengambil diet Herbalife di dalam Kem Ramadahan. Berat turun bertenaga !

Siapa nak cuba Herbalife bulan puasa ni? sms 017-7625262.
Cara makan di bulan puasa seperti dibawah =)


Monday, June 27, 2011

hanif

semoga Allah memberi peluang pada mu
berkesempatan hidup di dunia ini
Ya Allah berilah yang terbaik untuknya

semoga dia kuat!

<161027062011>

.noktah.

begitulah noktah
tiada bau
tiada tanda

tiba-tiba berakhir
perkataan kesimpulan terlepas dilihat
akhir ayat cuma noktah

<160327062011>

sisi lain

berurusan dengan orang kurang adab juga satu ujian.
bersabarlah hati dengan ujian ini.

hanya dia dan dia sahaja yang tahu
kamu tidak tahu apa-apa
mengapa kamu yang lebih

tiada ditanya kenapa
terus buat orang rasa sedih
bicaranya berdepa-depa

takdir tuhan
rezeki untuk orang ketiga

<155427062011>

Saturday, June 25, 2011

keluar dari perkara yang menyusahkan


"..dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),"
(Surah At-Talaq 65:2)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut". (Riwayat al-Hakim)


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"
(Surah al-Insyirah : Ayat 5)

p/s:jadikanlah al-insyirah sebagai zikir dikala kita kesusahan,Insyaallah ketetangan milikmu

baru aloe..dah kenyang ke?

'abah sakit perut la,ada ENO tak?'
'tengok la kat atas tu..'mak tunjuk atas kabinet
sambil-sambil cari,mak pun carikan juga..akhirnya jumpa satu peket ENO..
'cuba tengok expired date dulu.dah exp , nov 2010'
'pergi la telefon nisa,dia kat kedai sekarang.' <-- ayat arahan cikgu pencen..huhu
abah pun telefon la nisa,tapi tak berangkat..
'abah,ni ada aloe,bagus untuk usus. tapi ni masam sikit tau.'.bermula la buat aloe untuk abah..
aku bagi 400ml kat abah..abah pun minum la sikit-sikit sebab dia cakap banyak sangat aku bagi..
minum sikit,tengok tv jap lepas tu sambung minum lagi sampai habis..
masa tu dalam pukul 8 lebih malam
mak tanya abah nak makan nasi tak?
'tak nak la,dah kenyang minum air tu tadi' sambil tunjuk shaker cup herbalife..
hahaha
dah kenyang ke? baru aloe,belum masuk tea dan shake..hehe
jadi tak perlu ragu-ragu,makan produk herbalife ni kenyang ke tak..memang kenyang,ok =)

Thursday, June 23, 2011

Apakah persamaan zaquan&zafuan dengan Messi?

persamaannya ialah mereka adalah duta herbalife!


Bismillah..
23 jun 2011,officially 


1.Low Wee Wern (squash) 
2.Khoo Chai Lin (swimming)
3.Azizulhusni Awang (cyclist) 
4.Aidil Zafuan (soccer-defender) 
5.Zaquan Adha (soccer-striker)



as Herbalife sport ambassadors. Congratulation!


Herbalife artist!

TV 3

Astro Awani

We are just started! Anyone to join us? 
improve your sport performance!


please contact me sms/call 017-7625262 =)

Apakah perkara yang di proses di otak kita semasa kita melihat?

Assalamualaikum,guys!

Do you know,when you are seeing,there are 4 things that your brain look for..
1. details
2. motion
3.colour
4.depth

Keempat-empat perkara diatas di proses sekaligus di otak semasa kita melihat objek..cuba lihat gambar bawah,apa yang otak anda proses?


gelas,
air dituang kedalam gelas,
biru,
air tertumpah dibahagian depan dan gelas pula di belakang.

informasi diatas adalah perkara yang di proses di dalam otak kita.. cuba lihat semula

gelas --> details
air dituang kedalam gelas--> motion (kalau betul2 lagi real)
biru--> colour
air tertumpah dibahagian depan dan gelas pula di belakang --> depth

lepas ni setiap kali lihat sesuatu,boleh praktis apa yang anda lihat..


p/s: hebatnya ciptaan Allah

Wednesday, June 15, 2011

lemas hanya penyebab

hari ini
peringatanMu datang lagi
tak pernah disangka secepat ini mereka pergi
tanda kuasa Illahi
bila-bila boleh jadi

sedih
bagai keluarga sendiri
walau kamu tidak dikenali
wajahmu tetap ku ingati

kamu sudah pergi
bila pula masaku nanti
bersediakah aku mengadap Illahi
dengan dosa banyak bergini

insaf
tujuan hidup hanya beribadah padaMu
mencari solusi masalah diri

sayu
merasa kesedihan keluargamu
tabah dan redha itu perlu

sudah tertulis dalam suratan
hanya takat itu sahaja peluang yang ada
semoga hidup kita di dalam keberkatan.

<001916062011>

Apa beza rabun warna,buta warna dan buta penglihatan?

Rabun warna : sesorang itu masih boleh lihat warna tapi tak sama macam orang normal. Kadang-kadang tak dapat beza merah dan hitam..susah nak bezakan biru dan kuning,ikut jenis rabun warna..
ok,cuba lihat gambar bawah ni..

yang ni macamana orang normal nampak

yang ni pula kalau orang tu ada rabun warna protanopia-warna merah nampak gelap

yang ni pulak warna yang orang ada deutranopia nampak-susah nak beza merah hijau

yang ni kalau orang tu ada tritanopia..-susah nak beza kuning biru




Buta warna: seseorang itu akan nampak dunia ni hitam putih kelabu je..iaitu dia ada masalah monochromacy (satu cone je yang ada daripada 3 cone dekat lapisan retina mata)


Buta penglihatan: yang ni memang tak nampak langsung.gelap je dan diorang akan menggunakan pancaindera lain dengan sebaiknya untuk teruskan hidup


dah faham belum perbezaannya? yang protanopia,deutanopia dan tritanopia ni apa pulak? kalau nak tahu tentang jenis-jenis rabun warna,tunggu entri seterusnya ye =)

Saturday, June 11, 2011

Things that ladies should know!

1.    Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2.    Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng….

3.    Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4.    Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5.    Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6.    Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7.    Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8.    Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9.    Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10.    Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11.    Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12.    Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.  

Ciri yang perlu ada pada perempuan,wanita & muslimah

Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim)

Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. 

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. 

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. 

Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran.

Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)


Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. 

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda.

 Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)


Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)

Senangnya nak masuk syurga,hanya solat lima waktu,puasa ramadhan,jaga kehormatan dan taat suami..Tapi wanita la yang banyak masuk neraka..Semoga kita mendapat redha-Nya dan menjadi orang berjaya didunia dan akhirat amin..


Thursday, June 9, 2011

Herbal Aloe concentrate

Assalamualaikum..
Hari ini saya nak cerita tentang Aloe Concentration..

 Ia menyokong fungsi pencernaan yang menyihatkan dengan menenangkan perut dan melegakan gangguan pencernaan sekali-sekala..

Tahu tak macamana rupa usus kita? Jom hari ni kita belajar anatomi sikit..

yang bawah ni keadaan dalam usus, ini namanya vilus-vilus usus


 perasan tak,stuktur usus ni sama dengan tuala?


Cuuba tengok texturenya, sama kan?


Cuba bayangkan tuala yang dah berbulan-bulan guna,mesti kotorkan..
Kalau nak basuh mesti guna sabun,baru bersih..







Sama la macam usus, Aloe ni ibarat sabun bersihkan usus..dah berapa lama kita hidup? mesti dah makan macam dan usus pun kotor..






Jom cuba minum aloe! banyak manfaat penting
  • Menenangkan perut
  • Melegakan gangguan pencernaan
  • Meningkatkan kesihatan usus
  • Meningkatkan penyerapan nutrien

Herbal Aloe Concentrate diperbuat daripada tumbuhan aloe yang mengandungi enzim semula jadi, vitamin, mineral, dan asid amino untuk membantu menyokong pencernaan yang sihat*

*Perenyataan ini belum dinilai oleh Food and Drug Administration. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mengelakkan apa-apa penyakit.

Wednesday, June 8, 2011

Sejuta Belia berkumpul di Putrajaya!

Assalamualiakum..
Masa Hari Belia kat Putrajaya hari tu, Herbalife pun ada buka booth..Ada 8 booth 1 truck..banyak tak? haha..cuba tengok syarikat lain, ada buka booth sampai banyak tu tak? hehe

Macam-macam ada, Shake Free, Tea Free, Body Analysis Free and also have Free Gift! Rugi tak pergi..Lain kali kalau ada truck Herbalife kat mana-mana datang la ye..






 For your information , Herbalife sponsored Inline Skate on that day..dari remaja hingga budak umur 6 tahun main spot ni..comel je..





Syu is my best friend at secondary school! Lama gila tak jumpa dia,dah dekat 5 tahun kot..Kebetulan dia pun jaga booth juga kat sana..tapi tak jumpa lama sangat pun sebab dua-dua busy jaga booth kan,tapi sempatla snap pic bersama dia..dia ni pandai lukis tau! nak tengok hasil kerja dia boleh lawat tumblr dia kat sini. Comel je semua kartun2 tu..

Ok, last word from me, lose fat get money!
017-7625262

Tuesday, June 7, 2011

Penangan GSC

Kongsi, Nur Kasah
Aku malu
Malu dengan diri sendiri

Ulang dan ulang
Terasa hati

Memang tak bagus
umum mengetahui

yang lepas tinggal lepas
apa bisa boleh diundur jarum jam
sepahnya jangan dibuang masih boleh guna
guna untuk peringatan masa depan

Terima kasih Allah
Teman seperti itu kurniaan-Mu
Lindungilah diriku ya Allah!

<013408062011>

Bangkok Memories

Assalamualaikum..
dah lama dah balik dari Bangkok tapi baru nak post pasal EXTRAVAGANZA 2011!! hehe..yang sebenarnya dah lama dalam draf,cuma tak post-post lagi disebabkan gambar tak boleh2 nak upload..so, kalau nak tengok gambar boleh tengok facebook saya je la ye, Kamila Ateman,  dan yang penting SEMANGAT Extravaganza tu masih memBARA lagi..hehe

Now I know why Mell a.k.a Amalina Peter say not attend extravaganza like delay your business in 3 years.
Do you want to know? Kena pergi Extravaganza Next year!!

23,000 orang dari Asia pasific berkumpul di BITEC, Bangkok, Thailand. Sesak sekali! dan yang paling best berjumpa dengan orang yang kuat semangat! dengan kerusi roda pun boleh naik flight pergi Extravaganza.
saya ada jumpa dua orang, sorang dari Indonesia dan sorang lagi dari Terengganu, Malaysia.

Yang best kat event ni boleh jumpa distributor Herbalife dari negara lain, ambil gambar sama-sama, tukar-tukar testimoni , button dan yang paling best tukar Formula 1. Untuk pengetahunan, negara lain ada perisa lain yang sedap terutamanya Cookies n Cream dan  tak semua negara ada Coppucino. Siapa nak Cookies n Cream? Pergi Extravaganza sendiri ye!

Perjumpaan yang tak disangka-sangka..pada asalnya seorang auntie ni nak tau testimoni saya dan saya ingat dia orang Taiwan. Pastu tiba-tiba dia cakap Bahasa Melayu, owh orang Malaysia rupanya. dia nak testimoni saya sebab nak yakinkan anak dia tentang produk. Dan rupa-rupanya dia ada Nutrition Club di Simpang Renggam. owh dekat je dengan rumah saya..nanti saya balik sana, saya singgah ye =)

Pergi bangkok, bukan sahaja pergi Training je tapi pergi Berjalan-jalan juga..macam educational trip kat sekolah dulu2..

p/s: '1st Extravaganza dulu, aku pun pergi sorang-sorang'- Mell
       Kamila, keep on learning!!

Friday, March 18, 2011

Lemak hilang melalui _________,selepas anda berjaya turun berat badan.

Bismillah..

Apakah jawapan bagi tempat kosong di tajuk entri? Jom teruskan baca..

' Minum air banyak-banyak tau, kalau selalu buang air kecil tu bagus la sebab lemak keluar melaui air kencing'

ni nasihat coach pada aku, waktu mula-mula dulu sebagai consumer Herbalife.

Punyalah aku fikir, macamana lemak boleh keluar dari air kencing secara saintifiknya? haha..Gaya macam ambil kos dietetic. Tapi mestilah nak tahu secara logiknya macamana proses itu berlaku. Rupanya bergini..



1)Apabila anda mengurangkan pengambilan kalori daripada yang diperlukan, badan akan menggunakan lemak (triglicerides) untuk penghasilan tenaga. 

2)Melalui proses yang kompleks, 'triglicerides' akan menghasilkan dua komponen yang berlainan iaitu 'glycerol' dan 'fatty acid'. Kedua-dua komponen ini akan diserap ke dalam hati, buah pinggang dan otot. Di sini, komponen tersebut akan melalui proses kimia yang akan menghasilkan tenaga untuk digunakan oleh badan.

3)Melalui proses ini, suhu yang sesuai dengan keadaan suhu badan akan dihasilkan. Proses ini juga menyebabkan penghasilan air dan karbon dioksida yang akan dibuang melalui air kencing dan pernafasan.

Sumber: i-Healthy

Shake Herbalife mempunyai kalori yang rendah, jadi kita hanya ambil kalori yang cukup untuk badan guna sahaja. Tiada lagi masalah terlebih kalori. kalau kita ambil terlebih kalori, kalori yang tak digunakan itu la yang jadi lemak.

Dah tahu jawapan macamana lemak hilang lepas ambil shake? sudah!!

Berminat dengan makanan rendah kalori?
hubungi saya =)
sms/call : Kamila 017-7625262


Wednesday, March 16, 2011

Pergi HOM tapi teringat mak!

Bismillah..
Terima kasih Maryam Izzati dan Hafiz dengan perkongsian yang sangat best semalam! kisah dari start buat Herbalife sampai sekarang.banyak input2 berguna. apa yang dia cakap tu, memang asyik teringat mak je..sebab dia pun banyak cerita pasal mak dia..

income naik double lepas kahwin bak kata Maryam

'2 enjin lebih baik dari satu enjin'

tetiba teringat ayat mak

' kalau gitu mila kena kawen la baru income banyak'.

 ayat ni terkeluar bila aku cerita pasal mel dan maryam yang dah kawen, lepas tu income sangat naik.tapi tahu,saje je mak nak serkap jarang dengan saya hehe..

lagi satu ayat Maryam,

'rezeki perlu kongsi, apa yang kita dapat tu bukan untuk kita sorang..'

sekali lg ingat ayat mak

'walau kita tahu buat semua perkara, tapi Allah nak kita kongsi rezeki yang kita dapat.'

 ayat ni dah lama dah mak cakap masa sekolah menengah dulu kot, bila mak dah start busy dengan bila naik pangkat dan dah tak sempat nak buat kuih raya, jahit baju raya..bukan tak reti jahit baju,bukan tak reti buat kuih,tapi terpaksa hantar tempah baju kat orng lain, kuih raya dibeli je ..kalau tak sebelum tu ,semua buat sendiri..ni semua gara-gara tak cukup masa nak buat semua benda walau tahu semua perkara..

dan lagi satu yang betul-betul aku fikir maryam sebiji macam mak aku bila dia cakap,

' maryam dan akak maryam (kak syahirah) buat Herbalife sebab nak bantu mak, kami sama-sama nak tolong mak.'

yang mak aku pula

 'dulu mak memang niat kerja sebab nak bantu atuk, kalau mak tak bagi atuk duit, atuk tak makan, adik-adik tak pergi sekolah'

 mak saya anak sulung,jadi bagi duit tiap-tiap bulan memang tanggungjawab dia.. tak pernah tak bagi, sampai sekarang dah pencen pun atuk masih dapat duit dari mak. Dan sekarang Alhamdulillah rezeki sentiasa ada didalam keluarga kami.

Aku? buat bisnes sebab apa? tak ada duit? kalau nak minta mak tiap-tiap bulan bukannya tak dapat,mesti dapat punya tapi macam tak sabar nak tunggu 2 tahun lagi baru nak bagi mak duit. Kamu? lagi-lagi yang dah kerja, bagi mak ayah kamu duit tak?

Susah la nak buat bisnes ni, aku tak ada duit.

Kalau hari-hari cakap tak ada duit, memang tak akan dapat la duit tu..ingat senang ke saya buat 500 volume point, 1000vp, buat supervisor..kena selalu doa banyak-banyak, solat istikharah, solat hajat..kalau kita nak, mesti Allah pemudahkan sebab Allah dah janji akan makbulkan semua doa hambanya..tiba-tiba ada je duit nak beli produk, rezeki yang tak disangka-sangka..saya tak ada alasan yang sangat kuat untuk buat bisnes ni..buat pun sangat-sangat part time ditambah pula kelas sem ni dari pagi sampai petang, dan selalu juga malam dengan wekend pun ada kelas..tapi boleh la lepas bayar duit flight pergi bangkok bulan 5 ni,bayar duit tiket Extravaganza..


 Nak tahu pasal bisnes Herbalife? Ask Me! 

dan lagi satu pesanan mak

 ' orang bisnes kena buat solat dhuha. Mila buat solat dhuha tak?'

'emm..buat' 

tapi kalau masa mengizinkan sebab sekarang kelas asyik pagi je tak sempat nak buat sangat..kenapa kena solat dhuha? rasanya semua orang tahu kot, kalau yang tak tahu kenapa, pergi cari sendiri kenapa..

banyaknya cerita pasal emak dalam entri ni..kenapa ya tiba-tiba teringat mak? Sebab sekarang mak,abah, akak dengan adik tak ada kat Malaysia. Diorang sedang bercuti di Indonesia sempena cuti sekolah ini. mungkin sedih ditinggalkan kot..hehe..tapi bukan sengaja diorang dtinggalkan saya, awal-awal sem lagi dah telefon bila cuti sebab nak booking flight tapi apakan daya cuti U tak sama dengan cuti sekolah..jadi, tak dapat la ikut..kita boleh pergi lain kali kan mak?hehe.. Allah sebaik-baik perancang!

p/s: kalau mak baca entri ini mesti kena gelak..hehe..

Tuesday, March 15, 2011

Siapa di Kuantan? ada HOM malam ini!

Amazing Ibu Damea! Ahad lepas baru jumpa Ibu Damea dan Pak Nadjib! tajuk entri lain tapi cerita lain,alahai..kita cerita dulu tentang apa terjadi Ahad lepas ye =)

Ibu damea speaker for Mega HOM and supervisor Traning.

Awal-awal dah bawa cerita sedih. Sungguh mengagumkan dengan suara,gayanya.. walau suaranya agak serak hari tu tapi

' walau suara Ibu Dame serak, semangat Ibu dame tak pernah serak!!'

Sungguh terkejut dengan suara yang kuat itu walau serak-serak. Perkongsian yang menarik, InsyaAllah tak akan lupa.

Mega HOM
Siapa yang pergi supervisor training hari tu? dah practice tengok cermin belum? siapa yang nak tahu caranya tu ask me!


Dengan auranya, ramai distributor baru nak menjalankan bisnes terhormat dan pergi Extravaganza Bangkok!
Penuh pentas, semua ni guest yang baru pertama kali datang naik dan berkobar-kobar nak pergi Bangkok!



Siapa nak tahu tentang Herbalife lebih lanjut? Turun berat, naik berat,buat bisnes?
 duduk area Kuantan?
Malam ni, 16 mac 2011 ada HOM di UIA Kuantan pukul 9.00 malam.

ada FREE Shake! FREE wellnes evaluation! Jangan lepaskan peluang! Hubungi saya segera!

Kamila

017-7625262

Friday, March 11, 2011

HOM, STS we are growing!

Bismillah..
Minggu lepas ada STS di Time Square dan yang menghadiri seramai 1000 orang! Bulan lepas 700 orang yang datang sampai tak ada tempat duduk nak duduk, bulan ni bertambah lagi Alhamdulillah..Walau tak dapat pergi sebenarnya sebab ada kelas hari Ahad tu,mungkin Allah ada rancangan yang lagi baik untuk kita. Dan Alhadulillah HOM di uia Kuantan dan UMP Gambang berjaya dilaksanakan. 









Tiba-tiba baru tahu ada Supervisor Training Ahad ni dan ada MEGA HOM.hati dah bunga-bunga sebab kelas hari sabtu je dan Ahad boleh la pergi. Fuh, nak pergi trainig pun payah, tak cukup weekday, weekend pun nak buat kelas. Sesiapa yang tak ada buat apa-apa kat rumah tu, 

jom join MEGA HOM, 
Time Square 11.00 AM to 12.30 PM, 
FREE for guest and all distributor.
 Jangan lepaskan peluang bertemu IBU DAMAE dan suaminya, President Team Indonesia.

Jom, siapa yang nak datang boleh contact saya 017-7625262 =)
InsyaAllah tak akan menyesal..

Saturday, February 26, 2011

Tip atasi kegemukan

Bismillahirahmanirahim..

Minggu lepas, salah satu assignment yang kena buat ialah mengenai book review buku parenting untuk subject family management and parenting. Ya, kat U blajar parenting, required university subject. Memang menggalakkan student kawin awal dan kebetulan minggu depan ada kursus kahwin kat sini, harga pun lagi murah dari kat luar. Tapi dukacita dimaklumkan tempat dah penuh, baru buka registration sejam, 120 tempat dah penuh. Fuh! memang ramai ke yang nak kawin? tunggu dan lihat je la, kad siapa yang sampai dulu kan..

Berbalik pada book review, tajuk buku, Mencipta Keluarga Hebat: Tip Membentuk Keluarga Fantastik, penulis ialah Ikhsanudin dan Mirna Amir, terbitan Yamani Angle. Buku ni memang sesuai untuk orang yang dah berlkeluarga atau yang baru nak berumah tangga. Banyak tip yang dikongsikan, lengkap dari tip kesihatan, tip keibubapaan, tip jaga bayi, tip kewangan pun ada. Semua sekali ada 107 tip. Salah satu tip ialah atasi kekegemukan. Memang bersetujulah dengan tip-tip tu dan yang bestnya boleh kaitkan dengan Herbalife.

Dalam Herbalife, memang menggalakan minum air 3 liter, makan makanan kalori rendah (fomula 1 ada 90 kalori je), bersenam ( yang ni tak perlu bersenam pun tak apa, tapi kalau nak senam juga, tak ada salah pun) dan banyak lagi tip yang berkaitan.

Tak boleh nak kongsi tips dalam buku tu, nanti kena saman la pula sebab tak minta kebenaran kat penerbit. kalau nak tahu apa tipnya, boleh la cari buku tu =)

Comel je, ada nota dari penerbit,semua ilustrasi adalah khayalan penulis dan bukan menjadi pendirian penerbit. Sebahagian watak dalam lukisan tidak menutup aurat.

Senang cerita, memang cara makan Herbalfe ini memang sesuailah dengan cara pemakanan kesihatan yang betul.
Apa tunggu lagi?
Mari-mari..
Siapa nak atasi kegemukan?
Hubungi saya:
Kamila
sms/call: 017-7625262

Friday, February 25, 2011

Separuh jiwaku pergi

wah,tajuk entri macam tajuk lagu. tapi entri ini tiada kena mengena dengan konflik anang-krisdayanti ye.hehe..
dah seminggu lebih tak update blog, banyak benda dibuat minggu lepas, exam, assignment,report, project, pilihan raya kampus . Tapi pilihan raya sini tak sehebat di U lain, 2 kuliyah je yang kena menggundi, yang lain dah menang tanpa bertanding. Ok, tahun ni roomate sendiri masuk bertanding. Walau tak menang, kamu tetap YB kami..hehe..ni kata-kata budak opto =)


tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat pula baca buku ni.


serius best! tahukah anda kisah Rasulullah juga diceritakan dalam kitab agama Kristian, Hindu dan Budha? nak tahu penjelasan, cari la buku ni =)
eh..dah masuk bab lain pula dah..
sebenarnya nak cerita,separuh jiwaku pergi apabila botol air 2L +shaker cup + beg hebalife hilang.. seruis tak ada mood minggu ni. dah cari kat cafe ,takut-takut tinggal kat sana, tapi tak ada..mana kamu menghilang, saya sudah rindu kamu..


ini lah botolnya =(
Bukan botol air je hilang, banyak lagi benda lain yang berlaku, tapi lepas tu mesti teringat lagu ni..


Dalam derita ada bahagia 
Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya



Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


bila teringat rangkap ni,


Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya


upayakah kita nak ucap Alhamdulillah bila ujian datang melanda? Kadang-kadang terasa sangat Allah tak pernah nak bagi kita rehat berdoa, lepas satu, satu..tak kisah la mengenai apa-apa pun. Jadi kena gembira la ea bila ada ujian?
sebab Allah sayang kita =)