dah seminggu lebih tak update blog, banyak benda dibuat minggu lepas, exam, assignment,report, project, pilihan raya kampus . Tapi pilihan raya sini tak sehebat di U lain, 2 kuliyah je yang kena menggundi, yang lain dah menang tanpa bertanding. Ok, tahun ni roomate sendiri masuk bertanding. Walau tak menang, kamu tetap YB kami..hehe..ni kata-kata budak opto =)
tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat pula baca buku ni.
serius best! tahukah anda kisah Rasulullah juga diceritakan dalam kitab agama Kristian, Hindu dan Budha? nak tahu penjelasan, cari la buku ni =)
eh..dah masuk bab lain pula dah..
sebenarnya nak cerita,separuh jiwaku pergi apabila botol air 2L +shaker cup + beg hebalife hilang.. seruis tak ada mood minggu ni. dah cari kat cafe ,takut-takut tinggal kat sana, tapi tak ada..mana kamu menghilang, saya sudah rindu kamu..
ini lah botolnya =( |
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
bila teringat rangkap ni,
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
upayakah kita nak ucap Alhamdulillah bila ujian datang melanda? Kadang-kadang terasa sangat Allah tak pernah nak bagi kita rehat berdoa, lepas satu, satu..tak kisah la mengenai apa-apa pun. Jadi kena gembira la ea bila ada ujian?
sebab Allah sayang kita =)
No comments:
Post a Comment