Wednesday, March 16, 2011

Pergi HOM tapi teringat mak!

Bismillah..
Terima kasih Maryam Izzati dan Hafiz dengan perkongsian yang sangat best semalam! kisah dari start buat Herbalife sampai sekarang.banyak input2 berguna. apa yang dia cakap tu, memang asyik teringat mak je..sebab dia pun banyak cerita pasal mak dia..

income naik double lepas kahwin bak kata Maryam

'2 enjin lebih baik dari satu enjin'

tetiba teringat ayat mak

' kalau gitu mila kena kawen la baru income banyak'.

 ayat ni terkeluar bila aku cerita pasal mel dan maryam yang dah kawen, lepas tu income sangat naik.tapi tahu,saje je mak nak serkap jarang dengan saya hehe..

lagi satu ayat Maryam,

'rezeki perlu kongsi, apa yang kita dapat tu bukan untuk kita sorang..'

sekali lg ingat ayat mak

'walau kita tahu buat semua perkara, tapi Allah nak kita kongsi rezeki yang kita dapat.'

 ayat ni dah lama dah mak cakap masa sekolah menengah dulu kot, bila mak dah start busy dengan bila naik pangkat dan dah tak sempat nak buat kuih raya, jahit baju raya..bukan tak reti jahit baju,bukan tak reti buat kuih,tapi terpaksa hantar tempah baju kat orng lain, kuih raya dibeli je ..kalau tak sebelum tu ,semua buat sendiri..ni semua gara-gara tak cukup masa nak buat semua benda walau tahu semua perkara..

dan lagi satu yang betul-betul aku fikir maryam sebiji macam mak aku bila dia cakap,

' maryam dan akak maryam (kak syahirah) buat Herbalife sebab nak bantu mak, kami sama-sama nak tolong mak.'

yang mak aku pula

 'dulu mak memang niat kerja sebab nak bantu atuk, kalau mak tak bagi atuk duit, atuk tak makan, adik-adik tak pergi sekolah'

 mak saya anak sulung,jadi bagi duit tiap-tiap bulan memang tanggungjawab dia.. tak pernah tak bagi, sampai sekarang dah pencen pun atuk masih dapat duit dari mak. Dan sekarang Alhamdulillah rezeki sentiasa ada didalam keluarga kami.

Aku? buat bisnes sebab apa? tak ada duit? kalau nak minta mak tiap-tiap bulan bukannya tak dapat,mesti dapat punya tapi macam tak sabar nak tunggu 2 tahun lagi baru nak bagi mak duit. Kamu? lagi-lagi yang dah kerja, bagi mak ayah kamu duit tak?

Susah la nak buat bisnes ni, aku tak ada duit.

Kalau hari-hari cakap tak ada duit, memang tak akan dapat la duit tu..ingat senang ke saya buat 500 volume point, 1000vp, buat supervisor..kena selalu doa banyak-banyak, solat istikharah, solat hajat..kalau kita nak, mesti Allah pemudahkan sebab Allah dah janji akan makbulkan semua doa hambanya..tiba-tiba ada je duit nak beli produk, rezeki yang tak disangka-sangka..saya tak ada alasan yang sangat kuat untuk buat bisnes ni..buat pun sangat-sangat part time ditambah pula kelas sem ni dari pagi sampai petang, dan selalu juga malam dengan wekend pun ada kelas..tapi boleh la lepas bayar duit flight pergi bangkok bulan 5 ni,bayar duit tiket Extravaganza..


 Nak tahu pasal bisnes Herbalife? Ask Me! 

dan lagi satu pesanan mak

 ' orang bisnes kena buat solat dhuha. Mila buat solat dhuha tak?'

'emm..buat' 

tapi kalau masa mengizinkan sebab sekarang kelas asyik pagi je tak sempat nak buat sangat..kenapa kena solat dhuha? rasanya semua orang tahu kot, kalau yang tak tahu kenapa, pergi cari sendiri kenapa..

banyaknya cerita pasal emak dalam entri ni..kenapa ya tiba-tiba teringat mak? Sebab sekarang mak,abah, akak dengan adik tak ada kat Malaysia. Diorang sedang bercuti di Indonesia sempena cuti sekolah ini. mungkin sedih ditinggalkan kot..hehe..tapi bukan sengaja diorang dtinggalkan saya, awal-awal sem lagi dah telefon bila cuti sebab nak booking flight tapi apakan daya cuti U tak sama dengan cuti sekolah..jadi, tak dapat la ikut..kita boleh pergi lain kali kan mak?hehe.. Allah sebaik-baik perancang!

p/s: kalau mak baca entri ini mesti kena gelak..hehe..

No comments:

Post a Comment