Saturday, December 12, 2009

Program yang ditawarkan dan produk yang berkaitan:


1)menurukan berat badan[F1, F3 & TEA MIX]

2)menaikan berat badan[F1 & F3]

3)pengekalan berat badan [F1,F3 & TEA MIX]

4)menambah tenaga [ Tea Mix]

BERAT BADAN IDEAL UNTUK SEMUA!

Untuk keterangan lanjut, hubungi saya atau sms 017-762 5262

Friday, December 4, 2009

Mengumpat menghantui diri..

MENGUMPAT ialah menceritakan, menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain yang dilakukan sama ada disedari atau tidak.
Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui orang yang mendengarnya. Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud,

“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Muslim).

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat. Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.
Sabda Rasulullah,

“Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar di akhirat. Pada rekod amalan mereka, akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah bermaksud,
“Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah,
“Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”.
Maka Allah menjawab,
“Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.
Memandangkan buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.
Oleh itu, banyakkan zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini.
Antaranya ialah:
~Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat.
~Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.
~Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.
~Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:
-Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
-Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
-Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
-Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan
-Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.
Mengumpat ni seperti sudah sebati dalam hidup seseorang..sampaikan, kadang-kadang x perasan pun tengah mengumpat..ini yang jadi masalahnya sekarang..jadi sebelum berkata-kata..beringat-ingatlah ye..

Anatomy of eye

Gambar ni yg kene ingat ni.

Wednesday, December 2, 2009

Tea Mix




Tea mempunyai 2 perisa iaitu tea mix lemon&hibiscus dan tea mix peach. kedua-dua perasa ni saya suka..kelebihannya ialah:

-menyokong sistem imun

-meningkatkan kesihatan tulang, kulit dan rambut

-mempunyai lebih daripada 20 nutrien perlu dan antioksidan

-menambah tenaga seharian


saya sangat suka teh ni kerana sudah tidak ngantuk dalam kelas dan cergas bertenaga..

Fomula 1 (F1) Nutritious Mixed Soy Powder



~hidangan yang menyihatkan dengan 19 vitamin, mineral dan nutrient penting
~8.65 protein dan serat menyihatkan membantu menyokong pengurusan badan
~tiada lemak trans
~memberi khasiat nutri selular kepada badan.
~mempunyai 5 perisa yang enak:
  • French Vanilla
  • Dutch Chocolate
  • Strawberry
  • Tropical fruit
  • Cappuccino













fomula 3


Hari ini saya nak cerita tentang produk. Untuk Start now pack,ada 3 produk iaitu fomula 1, fomula 3 dan tea mix.produk hari ni ialah fomula 3 iaitu nama sebenarnya ialah:
FOMULA 3 BLENDED SOY AND WHEY PROTEIN POWDER
- membantu pengambilan protein yang cukup untuk badan

-membantu membina otot

-mengawal rasa lapar

-tiada lemak

sangat sesuai untuk membina otot terutama kepada orang yang hendak tambah berat badan,kita tak mahu berat bertambah disebabkan lemak
dan
jagan lupa untuk orang yang nak turun berat badan juga sesuai,kerana tanpa otot, badan tidak dapat bakar kalori dan menyebabkan lemak banyak dalam badan.

Tuesday, December 1, 2009

Adakah produk Herbalife halal?

Untuk pengetahuan semua, produk herbalife adalah ditanggung halal.Untuk melihat sijil halal sila klik:
Dah tengok belum? Lepas ni tak perlu ragu-ragu lagi~

Panduan makan dalam sehari

Untuk Menaikkan Berat Badan
breakfast: makan makanan yang berkhasiat seperti roti gandum + shake Herbalife
lunch: makan nasi seperti biasa+ shake Herbalife
dinner:makan nasi seperti biasa + shake Herbalife
  • air kosong 3L sehari
Untuk Turunkan Berat Badan
breakfast: shake Herbalife+ buah-buahan
lunch: makan nasi seperti biasa
dinner: shake Herbalife+buah-bauhan
  • tea mix 3 kali sehari
  • air kosong min. 3L sehari

Monday, November 30, 2009

Miliki Berat Badan Ideal~

Sebab-sebab kita semua perlu berat badan ideal:
  • dapat mengurangkan risiko penyakit kronik
  • lebih bertenaga dan mudah bergerak sana-sini
  • hidup akan lebih ceria

Saturday, November 21, 2009

Kolesterol tiada dalam minyak masak?

Sejak belajar Nutrition & Health, banyak benda baru yang dapat dipelajari..Antara fakta2 yang diingati:
  • kolesterol tiada dalam sumber makanan tumbuhan. kolesterol sebenarnya dihasilkan di hati sahaja. seperti yang kita tahu, tumbuhan tiada organ seperti hati, jadi bagaimanakah sesuatu tumbuhan boleh menghasilkan kolesterol.tumbuhan hanya ada sterol.
label "tiada kolesterol" di botol2 minyak masak sepatutnya tidak perlu diletakan pun tidak apa kerana sememangnya semua jenis minyak masak tiada kolesterol.
tetapi perlu dingat, ini tidak bermaksud anda boleh mengambi

Saturday, June 27, 2009

calories of food

Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori
Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalor
i4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori1
2. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori1
3. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3.Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4.Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori minuman
1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
9.keju chedar 1 keping =58 kal

Wednesday, June 3, 2009

Tunas by hlovate


cite ni related ngan novel aA+bB.cite semasa di sekolah menengah..banyak hal yg dan pengalaman zaman remaja yg x dpt diorng lupakan..try it..

Tuesday, June 2, 2009

Mardi!







pada 25-26 mei yg lepas mardi kluang telah membuat pameran dan telah dirasmikan oleh menteri asas tani iaitu dato' sri noh omar kot..hehe..kalau x silap la..



aku,nisak n along pun telah gi ke sna pada ptg 26hb..masya



allah,1st time tegok lembu sebesar itu.tp mood ku x atcited sangat..nisak ngan along je yg bergambar..aku malas..arnab,kuda dan kambing pun ade..ade jual pokok2 bunga,biji2 benih sayuran..tp sayang banyak booth dah nak berkemas sbb dah ptg kan..orang sume nak balik..mak kate tahun ni x meriah sangat,tahun lepas punya lg meriah dan banyak booth berbanding tahun ni..dan di sini kami terserempak ngan kak faiz,kwn nisak n along..dia practikal kat ctu,kene jaga kambing biri2..dia pun cite la pengalaman sepanjang jadi penjaga biri2..byk gk la cite2 lucu smpai biri sepak dia la,kejar dia la..sebelum balik tu sempat la tengok kak faiz tunggang kuda..dlm pkul 5,kteorang pun berangkaT balik umah..






apa yg aku dapat sepanjang pameran?



  • dapt pen pecume,sbb jwab soalan2 pameran..
  • beli kerepek sedap dr booth azhar food..murah2 kat cni..
  • dapat tau pasal pokok kenaf..along yg beria nk tau,kalau x aku pun x tau..



aku ngan nisak rajin je gi pameran,balik umah bukan nak tolong abah berkebun pun..huhu..sedap mata memandang kawasan umah aku banyak sayuran hijau dan mula menghidup..senamg je kalau nak makan sawi ke, kailan ke..petik je kat luar umah..ni la untung nye kalau bercucuk tanam sendiri kat umah..syukur..

musim kawen..




nak di jadikan cite,tiap2 minggu ade org yg di kenali kawen..dan aku yang rajin ni gi la tolong rewang dirumah2 tersebut...setiap wekend je,mesti busy..seminggu sebelum cuti sek ari 2,aku,dayah n elly gi felda redong tuk tolong miza rewang kat umah dia..ade 3 pengantin sekali..majlis nya ari ahad tp kteorang dah berkampung kat umah dia dr ari jumaat lagi..2 org akak2 nye menikah dihari yang sama.kteorang ni dah macam sedara miza je sbb sedare-mare dia x de pun yg rewang sekali sbb x rapat sangat kot..tp aku dpt la timba pengalaman rewang dgn org2 felda..lain kg. lain cara nya kan..nasib baik la dulu2 aku rajin tolong mak masak n hias meja beradap time sepupu2 aku kawen, dan aku pun gne la pengalaman2 tu kat umah miza..huhu..best gak tp penat cket la..kat majlis 2,mlm2 ade khatam dan berzanji,esok pg nye nikah dan petang de makan beradab..sepatutnya ramai yg dtg beradap tp family husband kak aisyah dah balik dulu,maka satu meja kosong..mak miza pun panggilla kteorng suruh makan beradap sekali..wah,x penah dibuat orang ,wakil tuan rumah makan beradab sekali..hahaha..ni la pengalaman rewang dirumah miza..




minggu berikutnya,jiran aku plak kawin..aku pun ade la tolong ikat bunga telur.pas 2 tolong angkat2 cawan pinggan kat meja beradap 2..agak nya tu je la keje aku waktu aku rewang umah2 orng kawen ek..sbb kalo nak tolong kat khemah,aku ni pemalu cket huhuhu..tp dlm kul 2 aku dah balik umah nak solat zohor tp x kuar smula plak..terlelap kepenatan agak nya..sampai suara dj pun aku dah x dengar..hahaha..




dan minggu depan,seorng sepupu ku nak nikah dan lg sorang nak tunang..tunggu la majlisnye ye..ape plak tugas yg perlu aku lakukan lps ni??

Wednesday, May 13, 2009

Jeli Kelapa Muda..

Jeli kelapa muda ni dah 2 kali wat..hasilnya sungguh mengagumkan..pertama kali mak yang wat kat rumah..kali ke dua baru wat sendiri kat kampung..sbb kat kg. banyak pokok kelapa..puas la gak mengait kelapa muda dari pokok.siap mintak tolong bdk2 main basikal kt kg.2 kutipkan lagi..buat kt kg.seronok cket sbb kelapa nya banyak,free plak 2 x yah nak beli2..selepas kait,aku nisak dan mak teh pun mula lah dengan mengambil air kelapa nya dan mengeruk degan kelapa..
pas 2 mula wat jeli kelapa muda..

bahan-bahan yg diperlukan:
10 cawan air kelapa
10 cawan air biasa
2 cawan gula
1 cawan lengkong
Cara-caranya:
1) masukkan jlengkong dan air biasa ke dalam periuk dan didihkan.
2)masukkan gula dan kacau sehingga semua gula hancur.
3)tutupkan api dan angkat periuk tersebut dari atas dapur.
4) masukkan air kelapa dan kacau sebati.
5)masukkan degan kelapa ke dalam bekas2 kecil.
6)akhir sekali tuangkan jeli tersebut ke dalam bekas yg telah di letakkan degan kelapa td.
biarkan jeli tadi beku..kalau nak sedap masukkan lah ke dalam peti sejuk..jeli ni sangat sedap apabila di makan sejuk2..

piZZa kamilio..


setakat ni dah 3 kali aku wat pizza..orang kate practises make perfect..tapi yg pelik nya dalan 3 kali aku wat pizza yg paling sedap ialah percubaan pertama..why? sbb setiap kali wat, aku ade gune barang jenama yg berlainan..setakat ni tau la barang jenama apa yang sedap nak wat pizza...nak tau x, resepi pizza yang aku rase sedap ikut tekak aku ialah PIZZA KAMILIO..


bahan 1:

  • 500 g tepung gandum

  • 11 g yis mauri pan

  • air secukupnya


Bahan 2:

  • tomato puri Prego mashrom(dah try campbel tp x sedap)

  • sosej ayam yang telah di potong kecil2

  • daging kisar

  • bauh tomato yang dipotong dadu

  • lada benggala/kapal (x kesah la warna ape2,ikut suka pembuat pizza)di potong dadu gak..
  • cendawan butang dalam tin ayam brand(jenama lain takut nak beli) di potong nipis2

  • cheese mozarella..kalau baget kecik gne cheese kraf je..(dah try cheesedale tp x sedap)


cara2 nya:

1) masukan yis ke dalam tepung dan gaul sebati.

2) masukan air sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga menjadi doh yang kentak

3) gunakan tenaga anda untuk mengli tepung tersebut hingga gebu dan licin.

4) setelah itu, biarkan doh tadi sehingga naik 2 kali ganda.

5)apabila doh itu sudah mengenbang,doh tersebut hendaklah ditumbuk supaya angin dalam doh itu hilang.

6) selepas itu, doh itu bahagi 4 dan digelek mengikut saiz loyang yang hendak dipakai.

7)apabila doh tadi telah diletakkan ke dalam loyang,bolehlah mula menghias atas nya dgn dimulakan dengan menyapu tomato puri diata doh roti.

8)diikuti dgan bhn 2 yg lain..PERINGATAN:CHEESE LETAK AKHIR SELKALI..

9)masukkan ke dalam aven yang telah dipanaskan dahulu yg bersuhu 200 darjah celcius selama 25-30 minit. kalau nak dapat hasil yg cantik, 25 minit tuk api bawah 5 minut seterusnya gne api atas..


SELAMAT MENCUBA!!

happy MOTHERS day!!


Pada malam sabtu yang lalu iaitu pada 9 mei, aku dan keluargaku menyambut hari ibu di sebuah warung tomyam yang terletak di bukit Pasir Batu Pahat..kehadiran beberapa orang adik beradikku juga anak2 sedaraku, mak abah, atuk2 ku serta mak teh dan suaminya , juga mak mentua saiful membuatkan sambutan itu sungguh meriah sekali..

majlis itu dimulakan dengan meng'oder' menu iaitu tomyam campur(sungguh sedap sekali),ikan siakap masak 3 rasa, kerabu mangga, kailan ikan masin serta telur bungkus..air order sendiri2 sbb sume nak air lain2..

pabila menu mula dihidang kami pun mula dengan baca doa dan makan sampai kenyang..walaupun semua sudah kenyang ttp makanan x abes la..ape lg tapau bw balik la..sebelum bali,kami membuat acara pemotongan kek oleh ibu2 yg hadir..sedap kek 2 sbb kek 2 ialah kek aiskrim coklat..selepas selesai makan kek,semua berangkat pulang ke rumah masing2..

ape yang penting makan kat gerai 2 sume mak teh yang bayar sbb dia mmg dah niat nak belanja keluarga mkan2 ..thanka a lot mak teh! by the way x lupe nak ucap selamat hari ibu tuk mak,mak teh dan atuk2 ku..jasa kalian tidak dapat aku balas dengan kudratku dan wang ringgit ..


fakta HARI IBU

hari ibu akan di sambut setiap tahun pada hari ahad minggu ke-2 bulan mei.sbb 2 lah setiap tahun kita sambut hari ibu dengan tarikh yang berbeza..ingat la fakta ini ..kalau hendak tahu tahun depan hari ibu jatuh pada brape hb,sila lah buka kalendar sekarang...

River Cruise!!







Awal mei ari 2 aku ikut nisak gi Melaka..duk umah sewa dia..kat sane kiteorang pun berjalan -jalan ditempat2 menarik di sana..naik eye on m'sia walaupun dah naik kat titiwangsa dulu..padahal eye one yang sama je..then, gi taman mini m'sia,kat sane ada sume umah negeri2 yg ade kat m'sia ni dan rumah2 di asean..yang sempat aku jumpa umah thailand,filipina & brunei je..pas 2 tengok persembahan tarian plak..puas ati la gak tap yg x best nye dlm byk2 rumah, rumah johor yg x dpt msuk sbb sedang dibaiki.agak nya ramai sangat yg suka msuk rumah 2 smpai nak roboh kot..huhu..

kiteorang pun ade la singgah kota A famosa dan masjid selat melaka..cantik gak la masjid 2..



Yang tak leh lupa kiteorang naik menara taming sari dan melaka river cruise!



-menara-7minit je naik atas



-sampai atas adela pusing 2-3 kali dan ade penerangan tentang bandar melaka..



-cruise-pejalanan selama 45minit menyusuri bandar melaka



-permandangan waktu malam best kot sbb bangunan2 diterangi dengan lampu2 yang cantik..



PERSAMAAN DI TEMPAT2 YANG AKU PERGI IALAH BAYARAN SEMUA SAMA RM 10 KECUALI DI EYE ON RM8 SBB ADA DISKAUN UTK PELAJAR..SO,SESAPA YG NAK MELACONG KE MELAKA SEDIAKAN LAH DUIT BERBANYAK YE..






Tuesday, April 28, 2009

BooK Fair 2009 !!

last week aku dan rakan2 ku telah menjejakkan kaki ke kl..aku,anis,nurul n dayah..sememangnya aku nak ke book fair di pwtc ttp akak ku tiada masa untuk pergi bersama..kebetulan pula minggu sebelum itu, faizah mesej ku bahawa trancrip result dah boleh ambik kat anr..so,aku apalagi merancangla nak pergi cenfos sekaligus dapat gi book fair tempat yang diimpikan tuk pergi..(books lover mmg camni..mst nak gi kalo ada book fair sbb diskaun lbh 10%)..padahal waktu faizah msg aku 2,aku dah gi book fair kat dewan batu pahat dgen mak aku..tp kat situ x byk novel,byk revision books je..mase ni x tau lagi yg arip x beli buku rujukan lagi,so hanya beli buku motivasi tuk dia..aade 2 buah buku yang aku pilih iaitu novel tariq az-ziad dan trivilog haji by prof.kamil.buku yg lain sume mak pilih..aku ni kira beruntungla sbb mak abah suka baca buku,so, diorang x kisah la beli buku banyak2..maybe sbb diorang gak aku suka baca buku..sblm gi pwtc arif dah pesan buku rujukan pelangi(dah la buku rujukan sume tebal2,kalo diskaun 10% je,confirm aku x beli)tp sbg kakak yg baik aku pun beli la chemis,physic,bio n add math for him but actually nisak has had add math book..(perh..punya berat aku bawak buku 2 naik komuter,rupenye dah de buku add math..keciwa aku..huhuhu..patutula mase nak beli 2 macam malas je nak ambik buku add mathh)dan diskaun nye 15% dan dengan semangat nya aku membeli dan membawa buku2 itu dgn kudrat ku..pas 2 barula aku jumpa gerai jemari seni yang ku cari2 sewaktu mula masuk pwtc..murah2 gak kat gerai js,20-30%..aku pun ambik la novel yang dah rancang nak beli,roof to,5t 5b by hlovate and gurindam jiwa by 3 of novelis(hlovate, noor suraya &...lupa la sape lg sorang..)selain 2 aku pun ade beli buku ilmiah tajuknya benarkah zulkarnain bukan alexendar..

yang penting aku x dapt pun round abes fair 2 sbb byk sangat gerai2 buku..just lalu je..kalau aku singgah sume dari pg sampai mlm pun x abes..ape yg penting aku dapat beli buku2 yg aku nak..
kiteorang tido umah marul kat bangi sblm balik umah marul lepas balik dari pwtc,faizah ambk kiteorang kat stesen komuter ukm dan bawa kiteorang gi warta..faizah belanja minum..pas 2 mlam 2 marul belanja makan sate kajang hj,samuri..siap order daging rusa plak 2..ok la 2 wat jamah2 sorang satu cocok rusa(rasanya cam aging gak tp liat skit la)

esok pg dah berkemas pulang johor..sume rindu nak tinggalkan hasif n izzah..nurul siap bercadang nak bawa hasif masuk dalam beg bw blik simpang..aku ok je..tp kalo dia nabgis korang la layan aku malas nak laya..ramai samgat anak sedara sampai dah x larat nak layan..alhamduliliah dalam 2.40ptg 2 kiteorang dah sampai macap..
trip kali ni bermakna cket sbb dpt bw dayah jln kl sbb dia x biasa sangat ngan kl..kalo anis ngan nurul tinggal kan je la diorang kat mane2,mst boleh cari jalan pulang..tp kalo dayah..x tau la dia wat ape,nangis kot..hehe..jgn mare dayah..

Monday, April 13, 2009

Aising cake..


pertama kali buat aising..sungguh menyeronokkan kerana hasil nya sungguh memuaskan..(bagiku la..x tau plak ape pendapat org lain)..senang je nak buat..bahan2 nye pun skit saja..utk mendapatkan 600g aising kte hanya perlu kan

125g butter
500g gula aising
2-3 sudu susu segar

cara-caranya: 1)pukul better hingga kembang dan ringan.
2)masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan kacau rata..
3)akhir sekali masukkan susu segar dan pukul hingga sebati..

ni yang basic je..kalo suka boleh tambah pewarna..
dan boleh lah hias atas cake ikut cretiviti memasing ..
sesape yg berminat cubalah..

Wednesday, March 25, 2009

All About Math!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

cantik x nombor2 kat atas ni?? Thanks Allah cos create these beatiful numbers..

pEnAng..







assalamualaikum..dah lame rase nye x menulis di sini kerana terlalu sibuk dengat studi, akhir nya dapat gak melepas kan rindu..hehe..ari 2 sblm pulang cuti aku ade gi trip ke penang dengan bdk2 computer club..best gak la, dpat pengalaman baru gi lawatan naik tren..sblm ni slalu naik tren masa gi ngan balik skolah je..skrang siap tido dalam tren lagi..kat sane kteorang melawat kilang amd(microprosessor..betul ke aku eja ni??)..kat kilang ni siap dapat makan sedap2 plak 2..orang2 di sini adela terang kan perbezaan barangan jenama amd dengan intel..diorang kate intel banyak tiru diorang nye teknologi sbb diorang yg kluakan dulu jenama microprosessor bru intel..ape-ape pun kite baru dengar dari sebelah pihak..kalau berpeluang lagi boleh la buat lawatan ke kilang intel plak..sebab aku ni pengguna intel,nak tau gak betul ke intel ni kurang bagus dari amd..huhuhu..rase nye pengguna intel lagi ramai dari amd.mungkin intel banyak buat promotion kot sbb tu famous...



Selain gi kilng amd, kiteorang ade gi kilang emas.kat sini diorang tunjuk la cara2 nak buat rings dari mula di lukis hingga siap di polish..kalau tengaok pekerja2 nya, sempoi2 je semua..then, kiteorg di bawa ke bilik pameran..cantik2 bangat rantai2 & cincin yg ade, sama cantik dgn harganya..pesanan terakhir diorang kalau nak kahwin jgn lupe dtg sane lagi..harga boleh di bincang..hehehe..kalau gitu tunggu la kiteorg dtg 4-5 taun lagi ye..






selain melawat kilang,kiteorang ade melawat akurium, taman botani & taman burung.lepas 2 ade la gi shopping..pengalaman yang x dapat dilupakan first time naik feri penang..sblm ni naik feri nak gi langkawi je..mula2 x jadi nak naik feri sbb dah lmbat tp akhir nya dapat gak naik feri..yang x bestnye aku demam la plak masa nak balik,jadi nye sepanjang perjalanan balik ke kl aku tidor je dalam tren x hirau org lain pun..ape yang penting kiteorang sume sampai ke destinasi dengan selamat..alhamdulillah