Monday, January 3, 2011

Puzzle realisasi sebuah ImpiaN

bismillah..
Pernah bermain puzzle?
Susun ceraian-ceraian kecil sehingga berjaya menjadi sebuah gambar. Waktu zaman kanak-kanak pernahlah bermain,jenuh nak habiskan 1000 keping ceraian. Siapa yang tak pernah main,boleh la cuba-cuba.

cara-cara bermain:
1) Lihat gambar asal secara keseluruhan
2) Mula mencari ceraian yang sama dengan gambar. Selalunya permain akan mulakan dari tepi gambar untuk mudahkan pencarian.
3)Ceraian yang telah diasingkan dalam kumpulan kecil mula disusun.Kesabaran perlu ada dalam diri permain, kerana penyusunan agak sukar jika gambar terlalu kompleks.
4) Apabila disusun sikit-sikit,lama-lama terhasillah gambar yang kita nak cari.

Perasan tak,bermain puzzle seperti kehidupan kita?

Ketika berlajar,kita mesti nak tengok keseluruhan bab yang kita nak belajar dulu kan,barulah belajar ikut topik kecil-kecil.Betul tak? kalau tak, macam mana nak faham topik-topik kecil jika tak tahu keseluruhan bab mengenai apa. Sama macam puzzle, nak susun ceraian kena tengok gambar keseluruhan dulu, kalau tidak 5 tahun 5 bulan pun tak akan siap puzzle tu.

Sama juga macam kehidupan kita. Kalau tak tahu gambaran akan datang,susah untuk laluinya. Macam mana nak tahu gambaran masa akan datang? Imaginasi! Imaginasi ibarat cita-cita. Anda hanya perlu banyangkan apa yang anda hendak pada masa akan datang, untuk lebih berkesan tulis dan lafazkan,boleh juga cerita dengan orang lain. Apabila sudah berimaginasi,automatik badan kita juga akan bertindak untuk merealisasikan cita-cita anda.

Pernah tengok filem Sang Pemimpi? Cubalah tengok, cerita yang menarik dan sangat memberi motivasi.

Imaginasi ketika saya disekolah menengah membuatkan saya berada di dalam jurusan optometri ketika ini. Tak pernah terfikir, angan-angan ketika di tingkatan 3 membuahkan hasil. Walaupun ketika itu,saya rasa saya tidak akan dapat memasuki bidang ini kerana saya bukanlah digolongkan pelajar yang bijak pandai yang duduk di kelas pertama.Ketika itu juga tak ramai orang tahu mengenai optometri. Mimpi ini bermula nak jadi optometrist selepas baca artikel mengenai kerjaya optometrist di dalam majalah Dewan Siswa. Allah memberi laluan kepada saya untuk merealisasikan imaginasi saya walaupun laluan itu tidak mudah.Semoga saya menjadi optometrist yang sentiasa memberi layanan terbaik kepada pesakit dan dapat membantu anda semua peroleh penglihatan yang sihat disamping menyebarkan ayat-ayat Allah.Amin.Jangan takut bermimpi walau anda rasa sukar untuk mencapainya.walau tak semua yang kita impikan kita akan dapat tapi jangan berimaginasi yang bukan-bukan,takut nanti Allah makbulkan.

p/s:Ada satu cerita menarik permulaan saya berimaginasi.Nantikan cerita itu..

No comments:

Post a Comment