Wednesday, January 12, 2011

kafarah dosa..

kadang-kadang sesuatu berita gembira tidak selamanya gembira..
bila dapat tahu tentang berita gembira,terus bersyukur pada Allah..
tapi tak berusaha mendapatkan betul-betul berita gembira itu..
sangkaan berita gembira itu menjadi milik kita meleset sekali..
lambat bertindak punca utama..
jangan sangka kita dah bersyukur pada Allah kita akan dapat benda itu tanpa memberi 100% usaha..
tidak sama sekali..
Allah hanya bagi pada orang yang berusaha sahaja..
tak kisahlah orang tu beriman atau tidak..
cuma Allah sahaja yang menilai hati hamba-hambanya..

Kadang-kadang ketenangan tidak selamanya tenang..
sangat bersyukur kerana semua masalah selesai dan hati pun tenang..
tapi ketenangan itu hanya seketika..
ada lagi onak duri yang perlu dilalui..
sehingga melibatkan emosi..

sungguh ku tak tahu apa yang ada dalam rancangan-Mu..
hanya satu yang ku pinta..
jangan sesekali biarkan aku..
jangan sesekali biarkan aku tentukan nasibku..
walau sesaat..
aku tidak kisah walau berliku mana jalan-Mu pada zahirnya..
aku tetap ingin di berada  jalan-Mu yang lurus pada hakikatnya..

Ya,Allah berikanlah kekuatan kepadaku dan matikanlah aku dalam keadaan beriman..
dan ingin sekali bersama para syuhada'-Mu..
Mungkin ujian itu dapat membayar dosa-dosaku..
Elakkan ku dari perkara lalai dan maksiat ya Allah..
ku bersyukur kau kurniakan aku sahabat yang sentiasa ambil berat tentangku..
aku harap ianya kekal hingga akhir hayatku..
amin..

No comments:

Post a Comment