Ya Allah,kenapa aku baru perasan ayat ni ada dalam Al-Quran.. Bismillah..
"...makan dan minumlah tapi jangan berlebihan. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan"
(Surah Al-A'raf:31)
tu la selama ni baca Quran tak faham maksud, ayat tu dah ada dalam Al-quran ,dah berzaman dah..kesimpulan,untuk setiap ayat Al-quran yang dibaca perlu baca maksudnya sekali supaya boleh faham dan praktis..
Allah dah cakap jangan makan berlebihan,tapi kita buat juga..kalau kita tak ikut perintah Allah,kiranya kita berdosa kan?
Kalau makan banyak-banyak tak ingat dunia,sampai berat badan berlebihan,di kira berdosa ke?
Ya Allah elakkan aku tergolong dalam golongan orang berlebihan dan dapat menahan nafsu makan..amin..
Jaga kesihatan badan juga termasuk dalam fardu ain..wajib semua orang buat..kita kena jaga amanah Allah ni,tubuh badan hanya pinjaman daripada Allah sahaja..
Ya Allah bantulah kami supaya kami dapat menjaga amanah-Mu yang satu ini sebaiknya..
No comments:
Post a Comment