Saturday, December 29, 2012

Kalau Saya Mahasiswa

E-book yang menarik untuk dibaca..


Sebagai sebuah gerakan, mahasiswa/masyarakat sivil, malahan 
dalam apa bidang sekalipun, perlu mempunyai rukun perjuangan.
 Dalam hal ini, saya percaya, ia terdiri daripada tiga perkara, 
iaitu, idealisme, aktivisme dan intelektualisme. Perkara-
perkara ini banyak saya pelajari daripada bekas Presiden ABIM,
 Dr. Siddiq Fadhil.


Idealisme merujuk pegangan atau prinsip fundamental yang 
berasaskan dua perkara pokok. Pertama, kecintaan terhadap 
nilai yang muluk, mulia dan murni. Contohnya, kecintaan terhadap 
kebenaran, keadilan dan keharmonian. Manakala yang kedua ialah
kebencian terhadap unsur yang murah, muak dan mual, contohnya,
 kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kehuru-haraan. 
Ini diambil daripada ajaran Islam tentang berbuat makruf dan
 melarang kemungkaran.


Aktivisme pula ialah proses merealisasikan idealisme. Ini termasuk
 kebijaksanaan menerjemah idealisme agar menjadi langkah-langkah
 atau tindakan-tindakan yang praktikal. Di sini lahirnya hal ehwal
 perjuangan seperti kesukarelaan dan pengorbanan. Dalam 
Islam,ini ditandai oleh konsep berlumba-lumba 
berbuat kebajikan.


Manakala intelektualisme tidak merujuk menara gading. Sebaliknya, 
ia merujuk penghayatan budaya ilmu yang berasaskan tiga 
prinsipiaitu meletakkan ilmu dan ilmuwan 
ditempat tertinggi; setiap individu sentiasa menuntut, 
menyebar dan mengembangkan ilmu; dan setiap
keputusan dan tindakan dibuat berlandaskan ilmu.


Ketiga-tiga rukun ini perlu diamalkan secara bersepadu dan 
seimbang. Hanya memiliki idealisme dan aktivisme, tetapi tanpa
 intelektualisme, memungkinkan pemimpin mahasiswa/masyarakat
 sivil bersemangat dan rajin berbuat program, tetapi kerana 
tidak berbekal ilmu, maka ia tidak tahu bagaimana hendak 
menghasilkan kemajuan dan keberkesanan yang berganda. 
Hanya memiliki idealisme dan  intelektualisme pula, tetapi tanpa 
aktivisme, memungkinkan pemimpin mahasiswa/masyarakat sivil 
bersemangat dan cerdik, tetapi kerana tidak berbuat apa-apa, maka
 ia tidak akan menghasilkan sesuatu yang praktikal dan 
konkrit. Manakala hanya memiliki aktivisme dan intelektualisme, 
tetapi tanpa idealisme, memungkinkan pemimpin mahasiswa/
masyarakat sivil rajin dan cerdik, tetapi kerana tidak berprinsip,
 maka ia boleh dijual-beli.



Wah..ini selari dengan Misi IIUM Facilitator Team

Providing high quality training for human development based on Idealism, Intellectualism, Activism and Spiritualism
=)


Tuesday, December 25, 2012

Man jadda wajada!


Sesiapa yang berusaha dia berjaya
Buat sehabis baik Kamila!

Sunday, December 23, 2012

Istanbul aku datang!

Istanbul Aku Datang
ntah mengapa cerita itu bagaikan kosong
kosong dan kosong
cerita itu jauh panggang dari api daripada yang diharapkan

Turki yang penuh dengan cita-cita islam
Turki yang sentiasa diulit semangat sejarah Al-Fateh

Turki yang 'first lady'nya sanggup turun padang ke Myanmar
Turki yang membuka kerakyatan kepada etnik Rohingya

Itu namanya negarawan

Dengan izin Allah
Istanbul aku datang!

Saturday, December 22, 2012

Kaca mata vs kanta lekap

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Melihat pada salah satu search key word yang membawa kepada blog ini ialah 'kanta lekap atau cermin mata'. Mungkin insan tersebut mahu mencari kelebihan dan kekurangan kanta lekap dan cermin mata. Namun search key word tersebut telah membawa ke tajuk entri 'dari kaca mata ke kanta lekap',yang tiada langsung menceritakan tentang kaca mata dan kanta lekap. Tetapi menceritakan pengalaman, dan dari pengalaman itu sebenarnya, saya dari berkaca mata bertukar memakai kanta lekap dengan cara yang betul. Sedikit pun tiada cerita mengenainya dalam entri itu. Maaf.

Untuk memberi penjelasan kepada insan tersebut, saya senaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan penggunaan kaca mata dan kanta lekap.

KACA MATA
-boleh dipakai sepanjang masa
-tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memakai cermin mata 
-berat
-tiada risiko implikasi pada mata
-mempunyai penghadang UV jika memakai jenis kanta photochromic iaitu kanta bertukar gelap apabila terdedah pada cahaya matahari.

KANTA LEKAP
-mempunyai pandangan yang luas
-memerlukan penjagaan kebersihan yang tinggi
-tidak boleh bawa tidur
-kosmetik
-penglihatan bagus untuk silau tinggi
-penglihatan bagus untuk perbezaan power yang sangat ketara diantara dua mata
-mudah mendapat implikasi bakteria jika tidak membersihkan kanta lekap dengan elok
-mudah mendapaat masalah mata kering kerana oksigen kurang masuk ke dalam mata dan memerlukan penggunaan lens drop
-masih memerlukan simpanan kaca mata

Pemakaian kaca mata dan kanta lekap lebih kepada minat masing-masing. 

Ada orang tidak suka pakai cermin mata kerana berat,tudung jadi tak cantik dan lebih suka berkanta lekap yang ringan dan muka kelihatan cantik. 

Ada juga yang tidak suka memakai kanta lekap kerana leceh mahu basuh dan mengambil masa untuk memakai dan mengeluarkan kanta lekap.

Pemilihan bergantung pada individu, tiada masalah dalam pemakainan kanta lekap jika mempunyai tahap kebersihan yang tinggi.

Thursday, December 13, 2012

Mangsa yang dapat diselamatkan

Teringat perbualan dengan seorang adik di program sebelum ini. Seperti biasa perkara pertama apabila bertemu dengan adik-adik di program adalah taaruf. Ketika waktu rehat iaitu selepas sesi berkenalan, seorang adik tingkatan dua menegur saya.

"Akak, akak ambil kos mata ya?" adik ini memulakan bicara empat mata selepas mengetahui saya mengambil jurusan optometri ketika bertaaruf ramai-ramai di dalam bulatan sebelum ini.

"A'ah"jawab saya ringkas

"Akak mesti belajar iris, kornea, kanta?"adik itu bertanya

"Ya, akak belajar semua tu. Hebatnya awak tahu pasal mata!"saya teruja dengan pertanyaan adik tu.

"Saya tengah belajar organ mata dalam subjek sains, tapi saya hafal dalam bahasa melayu" terang adik itu.

"Owh, jadi awak hafal gelemaca, gelemair ?" Dalam bahasa Inggeris gelamaca adalah aqueous humor dan gelemair adalah viterous humor. Kedua-dua ini adalah bendalir yang ada dalam mata kita.

"Ya, saya hafal semua tu. Kalau kat kelas ada kawan tanya saya organ mata, saya cakap gelamaca gelemair kawan saya mesti pelik sebab diorang semua hafal guna bahasa Inggeris"

"Wah, bagusnya awak guna bahasa Melayu, sekarang PPSMI dah dimansuhkan, masih guna bahasa Inggeris ke di kelas?"saya baru teringat tentang pemansuhan PPSMI

"Masih boleh guna dua-dua bahasa.Dulu saya selalu dapat D subjek sains, sekarang saya selalu dapat B"bangga adik ini terangkan peningkatan pencapaiannya secara sukarela.

"wah bagus tu"

"saya bukan tak faham bahasa inggeris tapi susah nak hafal, kalau bahasa melayu senang sikit nak hafal"

"Ya, bahasa ibunda lagi dekat di hati.Bagus-bagus teruskan usaha. Subjek sains sangat seronok apabila kita dalami betul-betul. Sains adalah tanda kewujudan Allah.Makin banyak kita belajar sepatutnya makin kita dekat dengan Allah. Semoga awak dapat masuk Universiti Malaya jurusan kejuruteraan" nasib baik masih teringat lagi cita-cita adik ini ketika taaruf sebelum ini..


Alhamdulillah, salah seorang mangsa PPSMI dapat diselamatkan. Tidak semua orang pandai sains juga pandai bahasa. Diawal-awal taaruf lagi saya sudah kagum dengan adik ini apabila dia sudah ada matlamat nak masuk universiti apa walaupun baru tingkatan dua. Saya bangga adik ini menggunakan bahasa melayu.

#bahasamelayusayasudahtongganglanggangsejakmasukuiam
#1234

Format pujian

"Wah bagusnya, cik memakai kanta lekap dengan cara yang betul, jadi mata cik tiada sebarang komplikasi" 

Kata pujian: wah, bagusnya

Puji kebaikan: cik memakai kanta lekap dengan cara yang betul

Impak kebaikan: jadi mata cik tiada sebarang komplikasi

#bengkel teknik pujian gaya Nabi Muhammad s.a.w 121212

1234
2.10

Tuesday, December 11, 2012

Kami yang rajin!

saya juga mahu lempang diri sendiri laju-laju
baru rasa nak mengeluh

rupanya saya bukan seorang
apa yang saya nak tulis macam sama sahaja macam dia tulis tapi tak serupa

kamila sila rajin!
jaga sikap!
jaga masa!

#121212