Walau haiwan-haiwan punyai masalah
mereka tetap ingat Tuhan
seperti kisah ikan, laron dan semut
Dan akupun bertanya..
Pada semua ikan di kolam
Tiadakah kau bosan, disitu...
Dan diapun menjawab,tiada bosan
Walau berada di tempat sekecil ini
Kerana ku di sini, setiap hari, bersama Tuhanku
Dan akupun bertanya..
Pada laron-laron berterbangan
Kenapa kau hidup semalam...
Dan diapun menjawab,Tiada tersiap..
Walau hanya semalam aku hidup di dunia
Kerana dalam semalam..
aku hidup,ku sebut Tuhanku...
Dan akupun bertanya..
Pada semut-semut di sarangnya..
Tidakkah kau merasa lelah bekerja...
Dan dia pun menjawab, tiada lelah..
Walau sepanjang hidup aku terus bekerja,
Kerana setiap saat dalam bekerja, bersama Tuhanku..
No comments:
Post a Comment