Friday, March 18, 2011

Lemak hilang melalui _________,selepas anda berjaya turun berat badan.

Bismillah..

Apakah jawapan bagi tempat kosong di tajuk entri? Jom teruskan baca..

' Minum air banyak-banyak tau, kalau selalu buang air kecil tu bagus la sebab lemak keluar melaui air kencing'

ni nasihat coach pada aku, waktu mula-mula dulu sebagai consumer Herbalife.

Punyalah aku fikir, macamana lemak boleh keluar dari air kencing secara saintifiknya? haha..Gaya macam ambil kos dietetic. Tapi mestilah nak tahu secara logiknya macamana proses itu berlaku. Rupanya bergini..



1)Apabila anda mengurangkan pengambilan kalori daripada yang diperlukan, badan akan menggunakan lemak (triglicerides) untuk penghasilan tenaga. 

2)Melalui proses yang kompleks, 'triglicerides' akan menghasilkan dua komponen yang berlainan iaitu 'glycerol' dan 'fatty acid'. Kedua-dua komponen ini akan diserap ke dalam hati, buah pinggang dan otot. Di sini, komponen tersebut akan melalui proses kimia yang akan menghasilkan tenaga untuk digunakan oleh badan.

3)Melalui proses ini, suhu yang sesuai dengan keadaan suhu badan akan dihasilkan. Proses ini juga menyebabkan penghasilan air dan karbon dioksida yang akan dibuang melalui air kencing dan pernafasan.

Sumber: i-Healthy

Shake Herbalife mempunyai kalori yang rendah, jadi kita hanya ambil kalori yang cukup untuk badan guna sahaja. Tiada lagi masalah terlebih kalori. kalau kita ambil terlebih kalori, kalori yang tak digunakan itu la yang jadi lemak.

Dah tahu jawapan macamana lemak hilang lepas ambil shake? sudah!!

Berminat dengan makanan rendah kalori?
hubungi saya =)
sms/call : Kamila 017-7625262


Wednesday, March 16, 2011

Pergi HOM tapi teringat mak!

Bismillah..
Terima kasih Maryam Izzati dan Hafiz dengan perkongsian yang sangat best semalam! kisah dari start buat Herbalife sampai sekarang.banyak input2 berguna. apa yang dia cakap tu, memang asyik teringat mak je..sebab dia pun banyak cerita pasal mak dia..

income naik double lepas kahwin bak kata Maryam

'2 enjin lebih baik dari satu enjin'

tetiba teringat ayat mak

' kalau gitu mila kena kawen la baru income banyak'.

 ayat ni terkeluar bila aku cerita pasal mel dan maryam yang dah kawen, lepas tu income sangat naik.tapi tahu,saje je mak nak serkap jarang dengan saya hehe..

lagi satu ayat Maryam,

'rezeki perlu kongsi, apa yang kita dapat tu bukan untuk kita sorang..'

sekali lg ingat ayat mak

'walau kita tahu buat semua perkara, tapi Allah nak kita kongsi rezeki yang kita dapat.'

 ayat ni dah lama dah mak cakap masa sekolah menengah dulu kot, bila mak dah start busy dengan bila naik pangkat dan dah tak sempat nak buat kuih raya, jahit baju raya..bukan tak reti jahit baju,bukan tak reti buat kuih,tapi terpaksa hantar tempah baju kat orng lain, kuih raya dibeli je ..kalau tak sebelum tu ,semua buat sendiri..ni semua gara-gara tak cukup masa nak buat semua benda walau tahu semua perkara..

dan lagi satu yang betul-betul aku fikir maryam sebiji macam mak aku bila dia cakap,

' maryam dan akak maryam (kak syahirah) buat Herbalife sebab nak bantu mak, kami sama-sama nak tolong mak.'

yang mak aku pula

 'dulu mak memang niat kerja sebab nak bantu atuk, kalau mak tak bagi atuk duit, atuk tak makan, adik-adik tak pergi sekolah'

 mak saya anak sulung,jadi bagi duit tiap-tiap bulan memang tanggungjawab dia.. tak pernah tak bagi, sampai sekarang dah pencen pun atuk masih dapat duit dari mak. Dan sekarang Alhamdulillah rezeki sentiasa ada didalam keluarga kami.

Aku? buat bisnes sebab apa? tak ada duit? kalau nak minta mak tiap-tiap bulan bukannya tak dapat,mesti dapat punya tapi macam tak sabar nak tunggu 2 tahun lagi baru nak bagi mak duit. Kamu? lagi-lagi yang dah kerja, bagi mak ayah kamu duit tak?

Susah la nak buat bisnes ni, aku tak ada duit.

Kalau hari-hari cakap tak ada duit, memang tak akan dapat la duit tu..ingat senang ke saya buat 500 volume point, 1000vp, buat supervisor..kena selalu doa banyak-banyak, solat istikharah, solat hajat..kalau kita nak, mesti Allah pemudahkan sebab Allah dah janji akan makbulkan semua doa hambanya..tiba-tiba ada je duit nak beli produk, rezeki yang tak disangka-sangka..saya tak ada alasan yang sangat kuat untuk buat bisnes ni..buat pun sangat-sangat part time ditambah pula kelas sem ni dari pagi sampai petang, dan selalu juga malam dengan wekend pun ada kelas..tapi boleh la lepas bayar duit flight pergi bangkok bulan 5 ni,bayar duit tiket Extravaganza..


 Nak tahu pasal bisnes Herbalife? Ask Me! 

dan lagi satu pesanan mak

 ' orang bisnes kena buat solat dhuha. Mila buat solat dhuha tak?'

'emm..buat' 

tapi kalau masa mengizinkan sebab sekarang kelas asyik pagi je tak sempat nak buat sangat..kenapa kena solat dhuha? rasanya semua orang tahu kot, kalau yang tak tahu kenapa, pergi cari sendiri kenapa..

banyaknya cerita pasal emak dalam entri ni..kenapa ya tiba-tiba teringat mak? Sebab sekarang mak,abah, akak dengan adik tak ada kat Malaysia. Diorang sedang bercuti di Indonesia sempena cuti sekolah ini. mungkin sedih ditinggalkan kot..hehe..tapi bukan sengaja diorang dtinggalkan saya, awal-awal sem lagi dah telefon bila cuti sebab nak booking flight tapi apakan daya cuti U tak sama dengan cuti sekolah..jadi, tak dapat la ikut..kita boleh pergi lain kali kan mak?hehe.. Allah sebaik-baik perancang!

p/s: kalau mak baca entri ini mesti kena gelak..hehe..

Tuesday, March 15, 2011

Siapa di Kuantan? ada HOM malam ini!

Amazing Ibu Damea! Ahad lepas baru jumpa Ibu Damea dan Pak Nadjib! tajuk entri lain tapi cerita lain,alahai..kita cerita dulu tentang apa terjadi Ahad lepas ye =)

Ibu damea speaker for Mega HOM and supervisor Traning.

Awal-awal dah bawa cerita sedih. Sungguh mengagumkan dengan suara,gayanya.. walau suaranya agak serak hari tu tapi

' walau suara Ibu Dame serak, semangat Ibu dame tak pernah serak!!'

Sungguh terkejut dengan suara yang kuat itu walau serak-serak. Perkongsian yang menarik, InsyaAllah tak akan lupa.

Mega HOM
Siapa yang pergi supervisor training hari tu? dah practice tengok cermin belum? siapa yang nak tahu caranya tu ask me!


Dengan auranya, ramai distributor baru nak menjalankan bisnes terhormat dan pergi Extravaganza Bangkok!
Penuh pentas, semua ni guest yang baru pertama kali datang naik dan berkobar-kobar nak pergi Bangkok!



Siapa nak tahu tentang Herbalife lebih lanjut? Turun berat, naik berat,buat bisnes?
 duduk area Kuantan?
Malam ni, 16 mac 2011 ada HOM di UIA Kuantan pukul 9.00 malam.

ada FREE Shake! FREE wellnes evaluation! Jangan lepaskan peluang! Hubungi saya segera!

Kamila

017-7625262

Friday, March 11, 2011

HOM, STS we are growing!

Bismillah..
Minggu lepas ada STS di Time Square dan yang menghadiri seramai 1000 orang! Bulan lepas 700 orang yang datang sampai tak ada tempat duduk nak duduk, bulan ni bertambah lagi Alhamdulillah..Walau tak dapat pergi sebenarnya sebab ada kelas hari Ahad tu,mungkin Allah ada rancangan yang lagi baik untuk kita. Dan Alhadulillah HOM di uia Kuantan dan UMP Gambang berjaya dilaksanakan. 









Tiba-tiba baru tahu ada Supervisor Training Ahad ni dan ada MEGA HOM.hati dah bunga-bunga sebab kelas hari sabtu je dan Ahad boleh la pergi. Fuh, nak pergi trainig pun payah, tak cukup weekday, weekend pun nak buat kelas. Sesiapa yang tak ada buat apa-apa kat rumah tu, 

jom join MEGA HOM, 
Time Square 11.00 AM to 12.30 PM, 
FREE for guest and all distributor.
 Jangan lepaskan peluang bertemu IBU DAMAE dan suaminya, President Team Indonesia.

Jom, siapa yang nak datang boleh contact saya 017-7625262 =)
InsyaAllah tak akan menyesal..