Monday, November 29, 2010

berita baik untuk pengguna Herbalife!

web yang ada kira kalori memang banyak..tapi ada satu web ni, shake Herbalife termasuk dalam senarai makanan. Jadi sesiapa yang nak tau berapa banyak kalori yang diambil dalam sehari,boleh tengok kat web ni.


Shake Herbalife is food. Nutrition food.

papaya shake!


beberapa ketul ais
air masak
sepotong betik
2 sudu Fomula 1 tropical fruits

blend all the things,
done!

Pengguna bijak!


Herbalife is about Nutrition!
Shake ( Fomula 1 + Fomula 3) is nutrition food not medicine.
That why all people can take it and can make someone lose or gain weight follow what each individual needed.


Herbalife 1 year Pin

"mila dah setahun dengan Herbalife ea?"
"eh,mana tau?"
"ada pin Herbalife 1 year sampai ari tu.."
"mana pinnya?"
"ada kat almari depan."
"mana? tak ada pun.." sambil cari-cari tapi tak jumpa..
"aa..dah jumpa dah.."patut la tak jumpa pinnya, dalam sampul surat kuning rupanya..fuh..postage from US..dapat 2 pin HERBALIFE 1 YEAR,siap dapat surat dari michel o johnson lagi..




siapa micheal o johson tu?
dia lah prisedent herbalife.nak tau tentang dia? tunggu entri lain ye..



Monday, November 8, 2010

Nobel Loureate, apa tu?

assalamualaikum..

Tadi baru lepas baca blog orang lain yang dia sangat gembira sebab dapat jumpa penerima nobel laureate iaitu Prof Dr Barry sempena Felda innovation seminar kalau tak silap..Dr. ni dapat Nobel Laurate Perubatan..tapi apa kene-mengena dengan Herbalife pula?

nak tahu?

Salah seorang Nutrition Advisory Board pun adalah penerima Anugerah Nobel Laureate.

Kejap..kejap..
ada ke yang tak tahu pasal Anugerah Nobel Laureate? ok, kita cerita sikit la tentang nobel laureate..
anugerah ini diasakan oleh Alfered Nobel yang meminta supaya harta-harta yang dimiliki di sumbangkan kepada orang-orang yang telah berjasa kepada dunia iaitu orang yang telah bagi manfaat pada manusia terutama dalam bidang fizik,kimia,sastera,perubatan, ekonomi dan keamanan. kalau nak tahu siapa yang dah dapat anugerah nobel ni boleh tanya En. wiki.

Dan orang yang telah menerima Hadiah Nobel Loureate perubatan dalam Herbalife ialah Dr. Louis Ignarro.


Beliau telah menerima anugerah ini pada tahun 1998 kerana telah menjumpai kebaikan nitric oxide untuk badan manusia. Sekarang ni beliau adalah professor pharmacology di UCLA School of Medicine's Department of Molecular and Medical Pharmacology kat Los Angeles. Dimana Lab Herbalife juga terletak di UCLA. Beliau adalah salah seorang yang mendesign salah satu produk herbalife.





Ada ramai lagi ahli-ahli Nutrition advisory Board Herbalife..ada 18 orang lagi yang belum cerita..cerita kat entri akan datang la ye..tengok je la dulu wajah-wajah mereka..mereka di datang dari seluruh dunia..






Bahan-bahan yang digunakan dalam produk-produk Herbalife.


In the name of Allah..
This entry just want to tell about the ingredients in all products of Herbalife including outer products and inner products.

The ingredients used in Herbalife products are summarized for your reference. Our research and product development is expanding the ingredients available to us, in our constant striving to deliver life-changing products to you.

Acesulfame K:
A calorie-free, artificial sweetener used in food, beverage and pharmaceutical products; shown to taste significantly sweeter than an equivalent volume of sugar. Found in Formula 1 Shake Mix.

Aloe vera:
A plant that can have positive effects on the body both internally and externally. Internally used to promote a healthy digestive system and to promote a healthy bowel movement.* Found in Herbal Aloe drink and several body care products.

Amino Acid:
An essential building block of proteins.

Aminogen®:
A plant enzyme thought to help absorb protein in the body (which is needed for healthy lean muscle mass, strength and energy).* Incorporated in Aminogen®† dietary supplements.

Antioxidant:
A substance that helps create a barrier from free radical damage

Ascorbic Acid (Vitamin C):
An antioxidant needed for the growth and health of tissues in all parts of the body. Found in many foods and dietary supplements.

Beet Root:
A versatile vegetable part with high nutritional value, containing vitamins C and A and in folate.

Caffeine:
Found in many plants; stimulates the central nervous system.* Available in Liftoff® tablets.

Calcium carbonate:
A mineral that helps maintain healthy bones.* Found in Xtra-Cal® tablets, Aminogen®† tablets, Snack Defense® tablets and Formula 2 Multivitamin Complex dietary supplement.

Cellulose Powder:
A fine powder used as a binding agent in tablets the body can break down to absorb at the cellular level.

Chemical Compound:
The bonding of two ingredients–can be naturally occurring or man made.

Cocoa:
A seed of the cacao tree; improves blood flow and contributes to cardiovascular health.* High in antioxidants and flavonoids.

Complete Protein:
A protein that contains all the essential amino acids.

Enzyme:
A protein in the body that speeds a biological process to go faster.

Fiber:
Found in whole fruits, vegetables, beans, and grains like oats and brown rice. It contains lots of vitamins and minerals; helps you feel full and keeps you regular.

Flavonoids:
Sometimes called bioflavonoids, they are plant based nutrients known to have health benefits.

Free radical:
A highly reactive and unstable molecule.

Fructose:
A natural sugar found in most fruits and some vegetables.

Ginkgo (biloba) Extract:
A tree leaf extract used for improved blood flow, enhanced mental performance and alertness.* Found in Liftoff® tablets.

Glucosamine Sulfate:
A natural compound found in healthy cartilage. Found in Joint Support–Glucosamine with Herbs.

Green Tea:
A 4,000-year-old tea rich in antioxidants. Found in Total Control® tablets and Herbal Concentrate teas.

Krill Oil:
An oil rich in Omega-3 fatty acids extracted from shrimp-like crustaceans–contains astaxanthin, a powerful anti-oxidant known to promote healthy cholesterol levels that are already within a normal range.* Available in Tri-Shield® capsules and Core Complex dietary supplements.

L-arginine:
An amino acid that helps make nitric oxide in the body and improves circulatory, immune and nervous system functions.* Found in Niteworks® Powder Mix.

Omega-3 fatty acids:
An essential nutrient that helps maintain a healthy heart, brain, eyes, skin, joints, hair and immune system.* Found in Herbalifeline® capsules, Tri-Shield® capsules, and Core Complex dietary supplements.

Oxidation:
Occurs when life essential oxygen combusts within the human body and produces by-products called free radicals.

Phytonutrients:
Plant-derived nutrients with many health benefits and antioxidant properties. Found in Garden 7® dietary supplements.

Potassium Chloride:
A natural chemical compound. It is used in many foods as a low-sodium alternative and in sports drinks as an essential replacement for electrolytes lost during intense exercise.

Potassium:
Potassium is an essential mineral and micronutrient in human nutrition–found inside cells, it’s an important mineral for maintaining fluid and electrolyte balance in the body.

Protein:
A molecule with a mission. Our bodies require different types of proteins for different functions such as movement (muscles), growth (hormones), digestion (enzymes) and even sight.

Pycnogenol®**:
Derived from tree bark, it is a highly potent antioxidant that has been shown to neutralize free radicals that contribute to premature aging.

Rosemary extract:
Produced from rosemary leaves and rich in antioxidant and anti-inflammatory agents. Studies show rosemary may protect against free radical damage both internally and externally. Found in RoseOx®‡ supplements.

RoseOx®:
A dietary supplement and antioxidant composed primarily of rosemary extract and ingredients from the mustard family of plants. Provides antioxidant protection.*

Soy Protein:
A protein derived from soybeans and the only vegetarian source of complete protein. Equal to animal sources of protein such as meat, eggs and milk.

Sucralose:
An artificial sweetener made from sugar but with no calories.

Whey Protein:
A protein isolated from whey, a by-product of milk. It is commonly used by bodybuilders and other athletes to accelerate muscle development and aid in recovery.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

† Aminogen® is a registered trademark of Triarco Industries and is protected by U.S. Patent No. 5,387,422.
‡ RoseOx® is a registered trademark of Zuellig Botanicals, Inc.
** Pycnogenol® is a registered trademark of Horphag Research, Ltd.

Power cyl dah naik!


power cyl tu apa? eh lupa pulak,bukan semua orang faham..dalam bahasa laymen term nye power silau dah naik.. cyl tu merujuk kepada kanta cylinder yang digunakan kat spec orang yang ada rabun silau a.k.a astigmatism.

ok, semalam si tukang taip entri jadi subject a.k.a. patient tuk kawan-kawan yang kena skill retest arini. Jadi patient kepada 5 orang..tak penat ke? penat! tapi yang bestnye bila check kali ke-5 baru rasa ngantuk,mulut dah menguap je..mengantuk pun gembira ke?haha..sebab dulu baru sekali chek je, dah ngantuk..mungkin sebab dah lama mata tak dicheck,dekat seminggu lebih (lama la sangat kan..haha)..kalau tak dulu hari2 check mata(jadi patient orang).. dan result untuk power semalam untuk mata kanan

-3.50 DS / -0.75 DC x 180

4 dari 5 orang examiner dapat resul ni..jadi,memang power cyl si tukang taip entri dah naik, sebab power sebelum ni

-3.50 DS / -0.50 DC x 180

cyl dah naik 0.25 D..lagipun bila ambik VA aided, line 6/5 dah sangkut-sangkut,kalau tak dulu lancar je sampai 6/4..tengokla gambar kat bawah ni,kedudukan line untuk lebih paham..kalau nak tau kenapa nama line tu macam tu,kena belajar visual optics..hehe..



Lagi satu, mesti anda tak faham -3.50 tu apa..selalu kalau orang tanya
"power mata kau berapa?"
"350"
-3.50 dengan 350 tu sama maksud..
jadi,sekarang kalau orang tanya pasal power mata sekarang, si tukang taip entri kena jawab 350, silau 75. Faham tak? kalau tak faham, buat-buat faham je la..hehe

aha..lepas ni boleh la tukar spec baru..coted lens sekarang ni dah calar-calar..dah takada protection uv. Tapi masih boleh diguna lagi,sebab elok je,jatuh banyak kali tak pecah pun..

nak tau tak power spec si tukang taip entri berapa..

-3.75 DS / -0.50 DC x 180

power yang kedai spec buat lebih dari sepatutnya.. terlebih -0.25 Ds..kalau yang lecturer cakap, kalau optician yang buat, memang salah dia sebab terlebih bagi minus power tapi kalau optometrist yang buat mungkin nak bagi treatment untuk phoria ( juling pendam- juling yang tak nampak dari mata kasar)..
tapi waktu buat spec mana ada orang kedai tu buat cover test [ test tuk tahu ada phoria ke tropia(juling) ke atau normal], jadi tau la, orang kedai tu memang bagi terlebih..

Lagipun beza -0.25 DS tak ada apa sangat..lebih kurang je.. tak ada ganggu pu..boleh je pakai spec ni sampai sekarang..bingkai spec yang si tukang taip entri dah 3 tahun ok..dah lama tak tukar spec..cepat sapa nak sponsor beli spec baru angkat tangan!
no sponsor no change!
haha..kedekut gila si tukang taip entri..bukan tak ada duit tapi duit tu diperlukan ke tempat lain ~produk oh produk..



Sunday, November 7, 2010

macamana nak makan shake ketika berpuasa?


assalamualaikum..
ari tu ada customer tanya kalau puasa macamana nak makan shake..kat gambar atas ni ada terangkan cara-cara makan shake ketika puasa..tak kesah la puasa ramadhan ke puasa sunat ke..

~selamat berpuasa sunat~

p/s: sekarang dah masuk bulan zulhijjah,banyak fadilatnya kalau kita puasa sunat.

Amalina's family~

Bismillah..
Arini nak cerita tentang seorang rakan yang telah banyak mengubah hidup students kat tempat saya belajar..tak lain tak bukan Amalina Allen Peter. Nak cerita testimoni keluarga dia sebenarnya..

yang ni ayah dia, pakcik allen. Cuba tengok perut dia,makin kecik tak..




yang ni mak dia,mak cik asriah.Dah boleh pakai baju m.




Ni kak ain,kakak dia..sekarang dah ada anak,masa mengandung dulu dia tak pernah tinggal shake..

tengokla, muka dia makin cantik..

anda?

Versus by Hlovate



Bismillah..
dah 2 kali dah si tukang taip entri baca novel ni..
5 stars lah..
kadang-kadang terfikir, hlovate ni budak skate ke..semua pasal clan and jenis-jenis deck dia tau..terbaik la kalau budak skate baca versus ni..


'skate is not crime'

'hidup macam domino effect'
[satu jatuh semua jatuh,
belum dikatakan baik kalau pakai tudung tapi tak solat,
belum dikatakan baik kalau solat tapi tak pakai tudung,
belum dikatakan baik kalau solat cukup 5 waktu tapi diakhir waktu]

'baca quran tak wajib tapi kalau salah tajwid,tak tau tafsirannya macamana nak buat benda wajib sebaik mungkin seperti solat'
[dalam solat kena baca fatihah,kalau salah tajwid, tak sah lah solat kita - kaitan baca Quran dengan solat]

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Enta apa la nak jadi dengan budak-budak tepi jalan ni." kepala menggeleng perlahan melihat anak-anak muda yang bersepah ditangga dan dataran berhadapan dengan binaan air pancut itu.
Dia mengalih pandangan mengikut arah pandangan si teman di sebelah. Bibirnya mengukir senyum tawar nipis segaris. "Awak"
Si teman berpaling.
"Dulu saya pun budak tepi jalan juga."
Diam.
Mereka saling berpandangan, berbicara debgan bahasa bisu yang terpancar daripada mata semata.
Ketawa. "Saya juga."
"Apa la pakai ayat skema."
ketawa lagi. "Sebab dah jadi budak skema."
"Ada ke budak skema"
Senyum. " Ikut skema Allah dan Rasul."
"Insya-Allah"




{InsyaAllah ingat sampai bila-bila}

BFF !










Saturday, November 6, 2010

sains dalam solat..

Bismillah..
Tajuk buku: Solat, Kebaikan dari Perspektif Sains.


Sudah lama mendengar tentang buku ni sejak zaman asasi lagi..tetapi belum berkesempatan memilikinya..yang mengagumkan ialah orang yang mengkaji tentang solat ini. ada 3 orang dan salah seorang daripadanya orang cina. Mungkin ada yang tahu atau ada yang tak tahu solat mempunyai kebaikan secara saintifik..


AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tomakninah," katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.


~wajah-wajah pengkaji ~



KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Sumber:Berita Harian
Nak tahu lebih mendalam lagi tentang kajian ini, kena beli bukunya..
p/s: setiap yang Allah jadikan dan tentukan pasti ada kebaikannya.