Sunday, June 20, 2010

5 Tahun 5 bulan-hlovate

Best juga la novel ni.Kisah seorang student yang tengah cuti, buat part time jadi org gaji dekat rumah orang..
Apa yang menari dalam novel ni? :- rahsiakan latarbelakang diri_mane penah ade orang gaji ajar add math mcam kacang goreng..wat solat istiharah banyak kali sebelum wat keputusan sesuatu perkara..suka memasak,siap ade resepi peace cobbler,lepas ni nak try resepi ni..banyaklah tazkirah untuk diri sendiri_solat tahajud..

aku suka cara penulisan nya walaupun sempoi (guna ayat yang remaja guna) tapi islamic tetap ade!maybe ni la cara hlovate nak berdakwah kepada orang yang berotak macam si tukang taip post ni kot..ramai orang x suka sangat bace novel yang terlalu sastera (kadang-kadang tak la sastera mana pun, hanya guna bahasa standard yang boleh di fahami semua peringkat umur),jadi penyampaian penulis sastera tak sampai ke ramai orang..selalunya orang tahu pasal islam la yang nak bace novel2 islamic,selalunya yang kurang berminat tentang agama ni nak
tgk diorang pegang dah lah susah,beli novel islami apatah lagi ..tp hidayah Allah mane kita tau..Allah berhak nak bagi pada sesiapa pun..

p/s: si tukang taip entri layan semua novel, cuma masa cemburu sangat, tak nak bagi baca..hehe

my 1st attemp aising cake!


pertama kali buat aising..sungguh menyeronokkan kerana hasil nya sungguh memuaskan..(bagiku la..x tau plak ape pendapat org lain)..senang je nak buat..bahan2 nye pun skit saja..utk mendapatkan 600g aising kte hanya perlu kan

125g butter
500g gula aising
2-3 sudu susu segar

cara-caranya: 1)pukul better hingga kembang dan ringan.
2)masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan kacau rata..
3)akhir sekali masukkan susu segar dan pukul hingga sebati..

ni yang basic je..kalo suka boleh tambah pewarna..
dan boleh lah hias atas kek ikut kretiviti masing-masing ..saya guna bahan -bahan yang ada kat rumah je sebab tu ada 2 warna je aising kat gambar..

kamilio's pizza



setakat ni dpizza..orang kate practises make perfect..tapi yg pelik nya dalan 3 kali aku wat pizza yg paling sedap ialah percubaan pertama..why? sbb setiap kali wat, aku ade gune barang jenama yg berlainan..setakat ni tau la barang jenama apa yang sedap nak wat
ah 3 kali aku wat pizza...nak tau x, resepi pizza yang aku rase sedap ikut tekak aku ialah PIZZA KAMILIO..


bahan 1:

  • 500 g tepung gandum

  • 11 g yis mauri pan

  • air secukupnya


Bahan 2:

  • tomato puri Prego mashrom(dah try campbel tp x sedap)

  • sosej ayam yang telah di potong kecil2

  • daging kisar

  • bauh tomato yang dipotong dadu

  • lada benggala/kapal (x kesah la warna ape2,ikut suka pembuat pizza)di potong dadu gak..
  • cendawan butang dalam tin ayam brand(jenama lain takut nak beli) di potong nipis2

  • cheese mozarella..kalau baget kecik gne cheese kraf je..(dah try cheesedale tp x sedap)


cara2 nya:

1) masukan yis ke dalam tepung dan gaul sebati.

2) masukan air sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga menjadi doh yang kentak

3) gunakan tenaga anda untuk mengli tepung tersebut hingga gebu dan licin.

4) setelah itu, biarkan doh tadi sehingga naik 2 kali ganda.

5)apabila doh itu sudah mengenbang,doh tersebut hendaklah ditumbuk supaya angin dalam doh itu hilang.

6) selepas itu, doh itu bahagi 4 dan digelek mengikut saiz loyang yang hendak dipakai.

7)apabila doh tadi telah diletakkan ke dalam loyang,bolehlah mula menghias atas nya dgn dimulakan dengan menyapu tomato puri diata doh roti.

8)diikuti dgan bhn 2 yg lain..PERINGATAN:CHEESE LETAK AKHIR SELKALI..

9)masukkan ke dalam aven yang telah dipanaskan dahulu yg bersuhu 200 darjah celcius selama 25-30 minit. kalau nak dapat hasil yg cantik, 25 minit tuk api bawah 5 minit seterusnya gne api atas..

boleh dimakan bila dah siap..sedap..